Selasa, 3 Mei 2016

JPN Sahkan Akan Tarik Balik Rayuan Dalam Kes Roneey Rebit

Ketua Pengarah JPN, Datuk Seri Sulaiman Keling

KUCHING: Jabatan Pendaftaran Negara telah mengesahkan bahawa ianya akan menarik balik rayuannya dalam kes Roneey Rebit, seorang rakyat Sarawak Muslim yang baru-baru ini telah mendapat keputusan mahkamah untuk dikenali kembali secara sah sebagai Kristian.

"Selepas mengkaji kes ini dengan mendalam, JPN, sebagai defenden yang ketiga dalam kes ini, telah membuat keputusan menarik balik rayuannya.  

"Notis menarik balik rayuan akan difailkan di mahkamah hari ini," begitu kata ketua pengarah JPN, Datuk Seri Sulaiman Keling dalam satu kenyataan pada hari Selasa. 

Ini berlaku sehari selepas Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem memberi jaminan bahawa jabatan itu akan menarik balik rayuan itu selepas dia bercakap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengenai perkara itu.

Mahkamah Tinggi Kuching pada 24 Mac telah mengarahkan jabatan itu memberikan Roneey satu kad pengenalan dengan nama kelahirannya dan memadamkan klasifikasi Islam, dalam satu keputusan landmark bahawa pertukaran agamanya ke Islam semasa kanak-kanak di bawah umur bukanlah atas kehendaknya sendiri dan bahawa dia mempunyai hak berperlembagaan untuk kebebasan beragama.

JPN telah menfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu pada 22 April. 

(Diterjemahkan daripada artikel The Star Online bertajuk, "NRD Drops Appeal In Sarawak Conversion Case" penulisan Sharon Ling bertarikh 3 Mei 2016)