Dr. Karen King menunjukkan cebisan papirus yang digelarnya "Injil Isteri Yesus" |
Secebis papirus yang dulu dipercayai bukti bahawa Yesus mempunyai isteri kini dipercayai ramai sebagai palsu.
Kontroversi timbul pada 2012 selepas profesor Harvard, Karen King mengisytiharkan bahawa dia telah menemukan suatu teks papirus kuno yang mengusulkan bahawa Yesus mempunyai isteri. Walaupun ramai sarjana yang menyatakan cebisan papirus itu adalah palsu, ada sebilangan yang mempertahankan kesahihannya dan meletakkan tarikhnya sebagai lebih 1,000 tahun. Ianya mengandungi frasa penting, "Yesus berkata kepada mereka, Isteri saya," ditulis dalam bahasa Koptik Yunani kuno. King telah mempersembahkan cebisan itu pada Kongres Antarabangsa Pengajian Koptik yang ke-10 di Rum, dan menggelarnya, "Injil Isteri Yesus."
Ariel Sabar, seorang penulis untuk majalah The Atlantic mengambil keputusan mencari kebenaran mengenai cebisan papirus yang berkontroversi ini. Apa yang dia kisahkan dalam artikelnya bertajuk, "The Unbelievable Tale of Jesus' Wife" membangkitkan persoalan yang serius mengenai sumber Injil yang penuh misteri ini yang para sarjana sekarang anggap sebagai tidak bernilai langsung.
Sabar mendapati bahawa papirus itu memang bertarikh lebih 1,000 tahun yang lalu, tetapi itu tidak cukup sebagai bukti untuk menunjukkan kesahihannya.
"Seorang pemalsu yang gigih boleh mendapatkan secebis papirus yang kosong berusia ribuan tahun (kemungkinan juga dari eBay, di mana papirus lama dilelong dari masa ke masa), mencampurkan dakwat dari ramuan kuno, dan melakarkan skrip Koptik yang cukup bagus, terutamanya jika orang itu pernah mendapat sejumlah pengajian kesarjanaan," Sabar menulis.
Tetapi setelah membuat kajian yang meluas, Sabar mula bertanya satu soalan yang berbeza.
"Saya terfikir kenapakah tiada orang yang menjalankan ujian yang berlainan ini: penyelidikan yang terperinci mengenai rangkaian pemilikan papirus itu," dia menulis dalam artikelnya.
Soalan itu telah membawa Sabar dalam penyiasatan "ala Da Vinci Code"nya sendiri ke sekeling dunia. Setelah perjalanan dari Berlin ke Florida, dia bertemu muka ke muka dengan pakar antik, Ernest Fritz, orang yang telah memberikan papirus itu kepada Dr King. Fritz memiliki nama domain gospelofjesuswife.com dan memiliki sejarah yang penuh bayangan, termasuk pada satu waktu, menerbitkan video-video pornografik di internet.
Fritz memberitahu Sabar bahawa dia telah membeli papirus itu pada 1990an dari rakan niaga Hans Ulrich Laukamp. Tetapi Sabar mendapati bahawa Laukamp tidak mempunyai minat pada antik kuno dan berada di Jerman pada ketika itu. Walau pun dia menafikan membuat dokumen palsu itu, Fritz mengakui dia memiliki kebolehan untuk melakukannya.
"Ya, untuk tahap tertentu, mungkin," Fritz memberitahu Sabar. "Tetapi ke tahap yang langsung tidak dapat dikesan oleh kaedah saintifik terbaru, saya tidak tahu," tambah Fritz.
CBN baru-baru ini berbicara dengan Dr. Mark Goodacre, pengarah pengajian mahasiswa di Jabatan Pengajian Keagamaan di Universiti Duke mengenai penemuan Sabar. Apabila ditanya pendapatnya mengenai papirus itu, dia berkata bahawa dia tidak hairan ianya adalah palsu.
"Bila mana seseorang muncul dengan sesuatu yang kelihatan terlalu elok untuk dipercayai, seringkali ianya adalah tidak benar," Dr. Goodacre berkata. Goodacre juga berkata bahawa dia telah mendapati kesilapan yang amat membimbangkan pada dokumen itu ketika ianya pertama kali dikemukakan untuk analisa kesarjanaan.
"Kami mendapati dari sangat awal lagi, beberapa minggu selepas papirus itu diumumkan, bahawa ianya mempunyai kesilapan penulisan dalam ianya disalin dari internet," katanya, memberikan satu lagi bukti yang menidakkan kesahihan cebisan itu.
Apabila Sabar menerbitkan penemuannya dalam majalah The Atlantic edisi Julai/Ogos, King mengakui bahawa papirus itu kemungkinan besar adalah palsu.
"Ianya menjurus ke arah kepalsuan," dia memberitahu The Atlantic.
"Ternyata saya tidak benar-benar mengenali orang ini," tambah King. "Dia telah berbohong kepada saya."
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Charisma News bertajuk "Papyrus Pointing To Jesus Having A Wife Proves Fake" bertarikh 20 Jun 2016)