Pelakon Hugh Jackman sedang bercakap mengenai imannya sambil dia menyediakan diri untuk memainkan peranan sebagai salah satu watak paling terkenal dari Alkitab dan gereja awal.
Setelah memainkan peranan penting dalam filem-filem seperti Wolverine dan Les Miserables, Jackman terpilih untuk memainkan watak Rasul Paulus dalam sebuah filem mendatang.
"Saya seorang Kristian," katanya dalam temuramah bersama Jesus Daily.
Filem itu, Apostle Paul, disyaki akan mengisahkan pertaubatan, pelayanan dan penahanan Paulus.
Filem itu akan diterbitkan oleh Jackman bersama dengan Matt Damon dan Ben Affleck dengan skrip layar yang kini sedang ditulis oleh Matt Cook.
Jackman dilaporkan mengatakan bahawa dia sering menghadiri kebaktian khemah kebangunan rohani pelbagai penginjil semasa dia lebih muda dan bahawa lakonan memberikannya rasa damai.
"Ketika saya berusia lebih kurang 13 tahun, saya mendapat firasat yang pelik bahawa saya akan berada di atas pentas, seperti pengkhutbah-pengkhutbah yang saya lihat.
Dia menganggap dirinya sebagai "seorang yang mengamalkan agama" dan menyerahkan persembahan lakonannya kepada Tuhan.
Dia berkata, "Ini akan kedengaran pelik bagi anda. Dalam Chariots of Fire, pelari Eric Liddell berkata, "'Apabila saya berlari, saya merasakan kegirangan Tuhan.' Dan
saya rasakan kegirangan itu apabila saya berlakon."
Seperti ramai orang, dia mengatakan bahawa, "ada
hal-hal yang mendorong saya yang tidak begitu sihat - menginginkan penerimaan
dan penghormatan untuk mengisi sesuatu kekosongan dalam diri saya."
"Melalui lakonan, saya dapat mencapai satu tahap aman
dan damai serta ketenangan dan sukacita. Dan ianya rasa sebati dengan diri
saya," katanya.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel CBN bertajuk, "Hugh Jackman As The Apostle Paul?" bertarikh 16 Jun 2016)