Joseph Schooling bergambar dengan pingat emas selepas memenangi kuak kupu-kupu 100m dengan Michael Phelps di sebelahnya. (Foto: Dominic Ebenbichler/Reuters) |
Oleh Andy Bull:
Kisah mengenai Michael Phelps berakhir dengan kesudahan yang tidak disangka, seperti kisah-kisah lain yang bagus. Dia tewas dalam perlumbaan solo yang terakhir dalam karirnya, kuak kupu-lupu 100m, kepada Joseph Schooling, perenang 21 tahun dari Singapura. Phelps tidak terlalu sedih mengenainya. Dia memiliki 22 emas, tetapi ini adalah emas yang pertama Schooling, dan Singapura. Phelps merasa dia boleh terlepaskannya. Tetapi lebih dari itu, dia menemukan suatu kepuasan dalam kekalahan yang sepertinya lebih penting baginya dari satu lagi pingat emas.
"Saya tidak gembira, pastinya, tiada sesiapa yang suka kalah," dia berkata. "Tetapi saya berbangga akan Joe." Dia sedang merenung, "Saya ingin mengubah sukan renang," katanya. "Dengan orang-orang yang kita ada kini dalam sukan ini, saya fikir kita sedang melihatnya." Dia menerangkan bahawa dia ingin mengajar "anak-anak muda untuk mempercayai diri mereka, untuk tidak takut, untuk mengetahui bahawa gunung tertinggi dapat dicapai." Dan itulah yang dia telah lakukan.
"Mereka datang ke kelab di mana saya sedang berlatih," kata Schooling. Ketika itu masih awal pagi, dan dia sedang menulis sebuah esei. "Semua orang pun bergegas pergi dan berkata, 'Itu Michael Phelps! Itu Michael Phelps!' dan saya benar-benar inginkan foto,"
Phelps bersetuju. Schooling kelihatan comel dan juga kekok dalam foto itu. "Masa itu masih awal pagi." dia mengingat, "dan saya benar-benar terkejut. Saya tidak dapat betul-betul buka mulut." Lapan tahun kemudian, masa kemenangan Schooling 50.39 saat telah memecah rekod yang telah dicipta oleh Phelps di Kejohanan Beijing yang sama itu.
Joseph Schooling qualified with the top time for 100m butterfly final, will race vs Phelps, who he met as a child pic.twitter.com/gfivuaE00N— Darren Rovell (@darrenrovell) August 12, 2016
Phelps, yang berenang dalam lorong dua selepas separuh akhir yang perlahan, menamatkan perlumbaan dengan 51.14 saat, yang menjadikannya salah seorang dari tiga orang yang sama-sama memenangi pingat perak, bersama dengan dua pesaing lamanya, Laszlo Cseh, yang sudah berlumba dengannya sejak 2004, dan Chad le Clos, yang menewaskannya di Olimpik London. Itu adalah keputusan seri tiga orang yang pertama dalam sejarah Olimpik, dan ketiga-tiga mereka telah menaiki podium bersama-sama, semua berpegangan tangan, Phelps, le Clos, seorang juara Olimpik dan Cseh, juara dunia. Itu adalah detik yang istimewa, dan seperti Phelps katakan, "sangat seronok."
Schooling ternyata terlalu terharu perasaannya. Phelps membantunya untuk melaluinya. Sambil mereka membuat perarakan kemenangan, Schooling berpaling kepada Phelps dan berkata, "Kawan, ini gila, di luar dunia ini, saya tidak tahu apa perasaan saya sekarang." Phelps senyum dan berkata, "Saya tahu."
Mereka kata anda tidak harus bertemu dengan wira-wira anda. Schooling pula menewaskan wiranya. "Jika bukan kerana Michael, saya fikir saya tidak akan sampai ke tahap ini. Saya ingin menjadi sepertinya semasa kanak-kanak." kata Schooling. "Saya fikir banyak yang telah berlaku adalah kerana Michael. Dialah sebabnya saya ingin menjadi perenang yang lebih baik."
Dia berkata dia merasa "rendah diri", kerana "saya fikir saya masih jauh lagi dari tiga orang ini yang di sebelah saya. Saya cuma berlumba dengan baik hari ini." Ianya sebenarnya lebih bagus dari baik. Schooling terpaksa mengendalikan tekanan besar sebagai harapan terbaik negaranya yang kecil. Presiden Singapura telah datang untuk memberi sokongan kepadanya. Schooling berkata dia berharap kemenangannya akan menunjukkan bahawa "orang-orang dari negara paling kecil di dunia pun dapat mencapai kejayaan dalam banyak perkara."
Katie Ledecky juga pernah bergambar dengan Phelps sewaktu berusia 9 tahun |
"Kesempatan untuk mengubah sukan ini adalah sesuatu yang saya harapkan," katanya. "Mencabar anak-anak muda untuk berimpian. Itulah sebabnya saya ada di sini. Saya dulunya anak muda yang memiliki impian." Dia memberi petanda mengenai rancangan-rancangan besar untuk sukan itu, yang akan dia beritahu kelak selepas dia bersara.
Pertamanya, Phelps masih ada satu perlumbaan lagi, dalam relay medley. Kedua-dua Schooling dan le Clos memberitahunya bahawa dia harus meneruskan untuk empat tahun lagi. Dan seperti yang mereka lakukan di London 2012, adik-beradik kembar Dwyer, Conor dan Spencer, berdiri di belakang podium dan bersorak, "Empat tahun lagi! Empat tahun lagi!"
Kawan Phelps, Ryan Lochte, sudah pun meramal bahawa dia akan berubah fikiran, dan akan kembali lagi, "oleh kerana apabila kami sampai ke pentas ini, kami rasa benar-benar hidup dari keterujaan menerjun dari tapak dan berlumba dengan tujuh lagi perenang terbaik dunia."
Phelps tidak lagi mahu mendengar itu, tidak lagi. "Tidak. Tidak. Tidak," katanya, "Saya gembira dengan bagaimana ianya berakhir." Selepas berenang untuk 24 tahun, dia telah menemukan sesuatu yang baginya sangat bernilai setaraf kemenangan. Phelps memiliki kedamaian walaupun dalam kekalahan.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel The Guardian bertajuk, "Michael Phelps Taught A Lesson For Once - By Singapore's Joseph Schooling" yang ditulis oleh Andy Bull bertarikh 13 Ogos 2016)