Sementara tumpuan diberikan kepada Temasya Olimpik yang sedang berlangsung, ratu skuasy, Nicol David telah mendapat perhatian setelah disenaraikan di kalangan "20 Atlet Terhebat Di Dunia Pada Masa Ini" oleh The Telegraph, sebuah akhbar UK.
PETALING JAYA: Akhbar British, The Telegraph telah menyenaraikan ratu skuasy Nicol David sebagai salah satu daripada 20 atlet terhebat di dunia.
"Tidak ramai atlet yang boleh mengatakan mereka pernah mengalami tahap penguasaan seperti yang pernah dimiliki oleh Nicol David dalam dunia skuasy.
Pemain Malaysia berusia 32 tahun itu telah menjadi pemain nombor satu dunia untuk rekod 109 bulan sehingga September tahun lepas, dan telah memenangi tiga pingat emas di World Games, dua emas Komanwel dan lapan kejuaraan Terbuka Dunia yang mengkagumkan," kata The Telegraph.
Akhbar itu telah menyenaraikan Nicol di antara "atlet-atlet yang terbaik", yang termasuk pemain bola sepak Cristiano Ronaldo, pelari pecut Usain Bolt. pemain-pemain tenis Serena Williams dan Novak Djokovic dan perenang-perenang Michael Phelps dan Katie Ledecky.
Nicol mula muncul dalam arena skuasy ketika dia berusia 16 tahun, memenangi Kejohanan Dunia Skuasy Wanita Juniornya yang pertama pada 1999 sebelum memenangi kejuaraan Jelajah yang pertama pada Februari 2000.
Dia seterusnya menjadi pemain Malaysia yang pertama untuk memenangi Kejohanan Skuasy Malaysia Terbuka dan Terbuka British dan meraih kejuaraannya yang pertama dari lapan kejuaraan Kejohanan Dunia.
Pada Januari 2006, dia menjadi wanita Asia pertama untuk menduduki tempat nombor satu dunia.
Nicol mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang 2008, di mana dia melalui 56 perlawanan tanpa kalah, memenangi Terbuka British dan kejuaraan Kejohanan Dunianya yang ketiga. Tempoh tanpa kalahnya berakhir pada 2009, apabila dia kalah kepada Natalie Grainger.
Nicol terus maju untuk merayakan minggu yang ke-106 secara berturut-turut di puncak ranking dunia untuk mengatasi Susan Devoy dari New Zealand sebagai pemain nombor satu dunia yang terlama.
Pada Julai 2016, Nicol sekal lagi mencipta rekod dengan bulan ke-151 yang berturut-turut dalam ranking 10 Terbaik mengatasi rekod sebelumnya yang telah dicipta oleh Peter Nicol pada Oktober 2006.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel The star bertajuk, "Nicol David Hailed As One Of 'The Very Best Of Athletes'" bertarikh 11 Ogos 2016)

Nicol David bergambar dengan Piala Kejohanan Dunia yang ketujuhnya di Caymans pada 2012 |
Bagaimanapun, penguasaannya berakhir pada September 2015 apabila dia telah diatasi El Welily sebagai pemain wanita nombor satu dunia yang baru dan apabila dia mengalami kekalahan mengejut kepada Juara Remaja Dunia, Nouran Gohar di Kejohanan Stars di Terbuka China.
Pada Julai 2016, Nicol sekal lagi mencipta rekod dengan bulan ke-151 yang berturut-turut dalam ranking 10 Terbaik mengatasi rekod sebelumnya yang telah dicipta oleh Peter Nicol pada Oktober 2006.
Dia adalah pemain skuasy Malaysia, Nicol David, yang telah menduduki ranking nombor satu dunia selama 108 minggu berturut-turut - sembilan tahun. Itu mengatasi rekod-rekod kedua-dua Steffi Graf dan Serena Williams dengan hampir dua tahun. Adalah sukar untuk memikirkan atlet lain - lelaki atau wanita - yang telah menguasai sukannya untuk begitu lama. - The Huffington Post.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel The star bertajuk, "Nicol David Hailed As One Of 'The Very Best Of Athletes'" bertarikh 11 Ogos 2016)