Donald Trump menunjukkan Alkittab yang telah diberi oleh ibunya dalam satu video pilihanraya 2016 yang mengucapkan terima kasih kepada para evangelikal yang menyokongnya. |
Donald Trump akan mengangkat sumpah jawatan dengan Alkitab Abraham Lincoln dan juga Alkitab keluarganya sendiri semasa upacara perlantikannya pada hari Jumaat.
Alkitab Abraham Lincoln |
Pilihan itu disahkan oleh Alex Stromon, timbalan pengarah komunikasi untuk upacara 20 Januari itu, pada hari Selasa.
Trump juga akan bersumpah dengan Alkitab keluarganya sendiri, yang telah diberi kepadanya oleh ibunya pada 1955 selepas dia tamat pengajian di Sunday Church Primary School, New York.
Jutawan itu telah menggunakan Alkitabnya, senaskah Revised Standard Version, dalam satu kempen video yang mengucapkan terima kasih kepada orang-orang Kristian evangelikal atas sokongan mereka. Seramai 81 peratus orang-orang berkulit putih yang mengakui diri mereka evangelikal telah mengundi calon Republikan itu, menurut bancian orang-orang yang selesai mengundi.
"Emak saya telah memberi saya Alkitab ini. Alkitab yang inilah bertahun-tahun yang lalu," dia berkata dalam video itu. "Sesungguhnya, inilah tulisannya di sini. Dia menulis nama dan alamat saya di sini, dan ianya sangat istimewa bagi saya."
Alkitab yang diberikan oleh emak Trump kepada Trump pada tahun 1955. |
Ianya bukanlah syarat untuk Presiden-Presiden Amerika Syarikat bersumpah tetapi ianya adalah tradisi yang telah berlangsung sejak George Washington, Presiden pertama, pada upacara perlantikannya pada 1789. Perlembagaan Amerika Syarikat hanya mensyaratkan Presiden-Presiden mengambil ikrar jawatan dan tidak menyebut Alkitab atau mana-mana teks keagamaan yang lain.
"Washington sangat menyedari bahawa dia sedang mewujudkan suatu duluan (a precedent) dengan segala yang dilakukannya," kata Allison Brown, editor Museum of the Bible.
Hakim Besar Amerika Syarikat John Roberts akan mengacarakan ikrar itu pada 20 Januari.
Hakim Besar Amerika Syarikat John Roberts akan mengacarakan ikrar itu pada 20 Januari.
Mike Pence menyebut Ronald Reagan, Presiden yang ke-40, sebagai sebabnya dia memasuki parti Republikan. Dia akan membuka Alkitab itu ke 2 Tawarikh 7:14, ayat yang sama yang digunakan oleh Reagan.
"Lalu umat-Ku yang dipanggil atas nama-Ku, merendahkan diri, berdoa, mencari wajah-Ku, dan berpaling daripada jalan mereka yang jahat, maka Aku akan mendengar dari syurga, mengampunkan dosa mereka serta memulihkan negeri mereka." (2 Tawarikh 7:14, AVB).
Presiden Reagan meletakkan imannya pada Tuhan yang penuh kasih dan pada kebaikan negara kita. Dia berusaha untuk mengubah sebuah negara, dan dalam melakukan itu, dia telah mengubah dunia. Tempoh Reagan memegang jawatannya adalah terbatas, tetapi legasinya telah memberi inspirasi kepada satu generasi dan akan berterusan lagi," kata Pence.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Christian Today bertajuk, "Trump To Swear In On Lincoln's Bible - And His Own Family Bible" yang ditulis oleh Harry Farley bertarikh 18 Januari 2017)
--------------------------------
Berita Terkini 20 Januari 2017: Donald Trump telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 pada tengahari waktu tempatan di hadapan Capitol House, Washington D.C.