Oleh J. Lee Grady:
Apabila bakal Presiden Donald Trump mengangkat sumpah pada Jumaat ini sebagai presiden negara kita yang ke-45, dia akan berdiri di hadapan U.S. Capitol dan meletakkan tangannya di atas dua Alkitab: satu yang digunakan untuk upacara perlantikan Abraham Lincoln pada 1861, dan satu lagi pemberian daripada emak Trump ketika dia tamat Sekolah Minggu pada usia 9 tahun di First Presbyterian Church, di Jamaica, New York.
Trump tidak akan menyembunyikan hubungannya dengan orang-orang Kristian evangelikal di upacara itu. Dia akan dikelilingi oleh pemimpin-pemimpin agama, sebahagiannya yang telah menyokong kempennya dan yang lain yang telah mengkritik ucapannya. Mereka termasuklah Paula White, seorang pastor Pentakosta yang kadang-kala disebut sebagai orang yang telah membawa Trump kepada iman; penginjil Franklin Graham; pastor Hispanik, Sammy Rodriguez (yang telah menyelar komen-komen anti-pendatang Trump); dan pastor Afrika-Amerika, Wayne T. Jackson dari Detroit. Seorang rabbi (guru agama Yahudi) dan kardinal (Roman Katolik) juga akan menyertai Trump di atas pentas.
Walaupun dengan kehadiran dua Alkitab dan enam hamba Tuhan di atas pentas, ramai orang Kristian masih tidak sepenuhnya menyokong presiden baru kita. Kebanyakan orang-orang Kristian Afrika-Amerika dan Hispanik tidak mengundi Trump, pengundi-pengundi yang lebih muda mempunyai kesangsian berkenaan kempennya, dan orang-orang percaya yang lain menentangnya kerana pandangannya mengenai wanita dan para pendatang yang kelihatan tidak serasi dengan Kekristianan.
Jadi apabila Trump meletakkan tangannya ke atas Alkitab-Alkitab itu dan berikrar untuk "memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Amerika Syarikat," dia akan memimpin negara yang berpecah. Tetapi jika anda adalah seorang Kristian, anda mempunyai kewajipan untuk berdoa bagi presiden anda tidak mengira bagaimana anda telah mengundi November lalu. 1 Timotius 2:1-2 memerintahkan kepada kita untuk berdoa "untuk raja-raja dan semua yang memegang kuasa, supaya kita hidup aman dan tenteram, salih dan penuh hormat" (AVB).
Berdoa untuk pemimpin-pemimpin kita bukanlah suatu pilihan. Ianya tidak bergantung pada perasaan atau pandangan anda. Berikut adalah lapan cara saya bercadang untuk berdoa secara kerap untuk Presiden Trump:
1. Berdoa untuk perlindungannya. Akan ada lebih daripada 28,000 pegawai keselamatan di upacara perlantikan pada hari Jumaat, dan keputusan Trump untuk menghabiskan sebahagian masanya di kediamannya di Bandaraya New York akan menambahkan ancaman keselamatan dalam tempoh pentadbirannya. Doa agar dia dan keluarganya akan dilindungi daripada peluru pembunuh upahan dan serangan pengganas. Semoga kesusilaan akan mengatasi keganasan.
2. Berdoa agar Trump akan memerintah dengan hikmat Tuhan. Tuhan memberi ganjaran kepada Salomo kerana dia meminta hikmat dan bukannya kekayaan, usia panjang atau pembalasan terhadap musuh-musuhnya (lihat 1 Raja-Raja 3:11-12). Berdoa agar Trump akan mengatur keutamaannya seperti itu. Walaupun Salomo memiliki kelemahan karakter yang tragik, legasinya adalah hikmat. Kita boleh meminta agar Tuhan memberikan presiden kita rahmat yang sama.
3. Berdoa agar Tuhan akan mengawasi mulut Trump. Bukanlah rahsia bahawa Trump sering berkata (atau menghantar tweet) sebelum dia berfikir. Dia boleh bersifat terburu-buru dan cepat marah. Namun begitu seseorang yang menduduki kedudukannya harus menggunakan pertimbangan, jika tidak kata-katanya yang tergesa-tergesa itu boleh menutup pintu dan menghancurkan diplomasi. Pemazmur telah berdoa: "Jagalah, ya Tuhan, mulutku; awasilah pintu bibirku" (Mazmur 141:3, AVB). Doakan ini bagi pihak presiden kita.
4. Doakan penasihat-penasihat yang benar dan berhikmat untuk mengelilinginya. Pemimpin-pemimpin yang patuh kepada Tuhan tidak dapat melakukan pekerjaan mereka secara bersendirian. Pemimpin-pemimpin yang terbaik pun pernah gagal kerana mereka mempercayai orang-orang yang salah. Berdoa agar Trump tidak akan memilih penasihat-penasihatnya berdasarkan parti, kaum, latarbelakang, atau kroni politik tetapi berdasarkan karakter yang patuh pada Tuhan dan terbukti memiliki hikmat. Berdoa terutamanya bahawa Naib Presiden Mike Pence, yang adalah seorang Kristian evangelikal, akan bersandar pada Roh Kudus untuk menasihati presiden.
5. Minta untuk roh pemulihan hubungan. Sebahagian masyarakat kita yang berpecah tidak ingin ada apa-apa hubungan dengan Trump kini selepas dia memenangi jawatan presiden. Sebahagian syarikat media telah menjadi penentang secara terbuka, dan melanggar semua peraturan kewartawanan yang objektif. Sebahagian orang-orang Kristian juga mungkin tergoda untuk menyimpan perasaan marah dan memelihara dendam politik sepanjang tempoh pentadbirannya. Berdoa agar Tuhan akan memberikan keampunan dan kesembuhan supaya pemimpin-pemimpn di semua peringkat politik dapat berdialog secara membina. Dan berdoa agar Trump akan menjangkau dengan kemurahan hati kepada pihak Demokrat, media, kaum minoriti, kaum pendatang, pemimpin-pemimpin luar negara dan anggota-anggota Republikan yang pernah menentangnya.
6. Ikatkan semua kuasa-kuasa jahat yang diutuskan untuk memanipulasi presiden kita. Ancaman terorisme Islam membayangi Amerika Syarikat, dan kuasa-kuasa jahat sudah pun menyusup masuk. Pada pihak yang satu lagi, sangat jelas bahawa Rusia ingin memanipulasi negara kita. Harapan kita hanyalah terletak dalam doa kepada Tuhan yang dapat mendedahkan dan mengatasi rancangan pihak yang jahat. Ini adalah sesungguhnya waktu untuk peperangan rohani, dan pendoa-pendoa syafaat tidaklah harus meninggalkan tempat mereka di menara pada waktu ini. Doakan agar tidak ada kerajaan asing, pertubuhan teroris, pertubuhan multinasional atau penguasa-penguasa Iblis akan menggunakan Trump sebagai alat. Kita mesti berdiri teguh menentang roh anti-Kristus yang mempromosikan kuasa diktator (pemerintahan kuku besi), penganiayaan terhadap orang-orang Kristian dan penentangan terhadap Israel.
7. Berdoa agar pintu Trump akan selalu terbuka kepada gereja. Suara-suara terlantang dari budaya sekular - dari Bill Maher di Hollywood dan para ateis di kalangan ahli-ahli akademik - akan bergembira jika agama dipisahkan dari kehidupan awam. Berdoa agar Trump, yang mendakwa memiliki iman peribadi dalam Yesus Kristus, akan tanpa segan-silu menyambut pemimpin-pemimpin Kristian dalam kalangannya dan mendapatkan nasihat mereka.
8. Berdoa agar negara kita akan menikmati damai dan berkat Tuhan sepanjang pentadbiran Trump. Kehendak Tuhan adalah untuk Amerika mengalami keamanan dan kemakmuran, supaya kita dapat terus mengirimkan Injil kepada negara-negara dunia. Ini semestinya terjadi samada seorang Demokrat atau Republikan yang menduduki Rumah Putih. Sambil kita berseru untuk rahmat Tuhan atas negara kita, doakan agar Dia mengizinkan kita menjadi terang kepada dunia sambil kita mendanai misi global, memberi makan dan menyembuhkan warga miskin dunia dan berkongsi kasih Yesus di dalam dan di luar negara.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Charisma Magazine bertajuk, "Why You Must Pray For Donald Trump" yang ditulis oleh J. Lee Grady bertarikh 18 Januari 2017)