Khamis, 19 Januari 2017

Memperingati Gene Cernan, Manusia Terakhir Di Atas Bulan: "Alam Semesta Ada Penciptanya"

Angkasawan Gene Cernan di bulan pada Disember 1972

Angkasawan Gene Cernan, manusia terakhir untuk berdiri di bulan, telah meninggal dunia pada usia 82 tahun. 

Gene Cernan
Cernan menggambarkan lawatannya ke bulan pada 1972 sebagai memandang balik ke bumi dari "beranda depan Tuhan," (God's front porch), mengatakan pengalaman itu menyakinkannya mengenai kewujudan Pencipta.

Sebagai komander misi Apollo 17 pada 14 Disember pada tahun itu, Cernan menjadi yang terakhir daripada hanya sedozen orang yang pernah berjalan di bulan.

Pada 11 Disember 1972, Cernan telah memandu kapal mendarat, yang dinamakan Challenger, ke sebuah lembah di bulan yang dinamakan Taurus-Littrow, dengan Harrison "Jack" Schmitt di sampingnya. Dia masih mengingati suasana sunyi ketika enjin kapal mendarat itu dimatikan.

"Di situlah anda boleh mengalami detik paling sunyi seorang manusia boleh alami dalam seumur hidup," Cernan telah berkata pada 2007.

Tiga hari sebelumnya, Cernan, Schmitt dan Ronald Evans telah berlepas menaiki roket Saturn dalam pelancaran roket pertama waktu malam untuk penerbangan yang dipandu manusia dari Kennedy Space Centre.

Evans tinggal di kapal induk sebagai juruterbang kapal induk yang mengelilingi bulan sementara mereka berdua mendarat di permukaan bulan. Cernan dan Schmitt, seorang ahli geologi, menhabiskan lebih dari tiga hari di bulan, termasuk lebih 22 jam di luar kapal mendarat, dan mengumpulkan 249 paun sampel dari bulan.

Gene Cernan bergambar sebelum misi Apollo 10 pada 1969

Semasa satu temuramah Projek Sejarah Lisan NASA 2007, Cerna mengingat kembali bagaimana masanya di bulan telah menyebabkannya menjadi seorang yang percaya kepada Tuhan.

"Sains dan teknologi telah bawa saya ke sana, tetapi bila saya sampai ke sana dan saya meilhat kembali ke Bumi, sains dan teknologi tidak dapat menjelaskan apa yang saya lihat ataupun apa yang saya rasa," katanya. "Anda melihat Bumi dan ianya dengan megah dan penuh misteri berputar dalam garis keliling yang anda tidak dapat lihat tapi yang pasti wujud. Tidak ada sesuatu yang memegangnya daripada jatuh. Ianya bergerak dengan tujuan. Ianya bergerak dengan logik.

"Terlalu besar tujuannya, terlalu besar logiknya," sambung Cernan lagi. "Sains dan teknologi tidak dapat memberi jawapan yang saya cari, dan saya kembali dengan kesimpulan bahawa ianya terlalu indah untuk terjadi secara kebetulan. Pasti ada sesuatu yang anda dan saya, dan kesemua kita tidak fahami sepenuhnya mengenai penciptaan alam semesta, mengenai keajaiban hidup itu sendiri."

"Melihat Bumi dengan segala keindahannya, dan segala kegemilangannya -- semuanya dinamik; ianya hidup," dia merasa takjub. "Ianya tidak jatuh tergolek di angkasa lepas, Ianya tidak bergerak tanpa tujuan. Ianya bergerak dengan tujuan dan logik. Ianya terlalu indah untuk terjadi secara kebetulan. Apa yang saya maksudkan ialah ada Pencipta untuk semesta alam ini. Ada Tuhan."



NASA mengumumkan bahawa Cernan telah meninggal dunia pada hari Isnin selepas mengalami keadaan tidak sihat yang berterusan, dikelilingi oleh keluarganya di sebuah hospital di Houston.

Kesemuanya, Cernan telah menghabiskan sejumlah 566 jam dan 15 minit di angkasa lepas, dengan lebih daripada 73 jam di atas permukaan bulan.

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel CBN News bertajuk, "Remembering The Last Man On The Moon: 'There Is A Creator In The Universe'" bertarikh 17 Januari 2017)