Selasa, 17 Januari 2017

Lukisan Manakah Yang Paling Menggambarkan Kedamaian?

 
Suatu ketika ada seorang Raja yang menawarkan hadiah kepada pelukis yang dapat melukiskan gambaran terbaik mengenai damai. Ramai pelukis telah mencubanya. Raja melihat semua lukisan yang telah siap, tetapi hanya dua lukisan yang mendapat perhatiannya dan dia harus memilih salah satu di antaranya.

Satu lukisan mengambarkan tasik yang tenang. Tasik itu gambar sempurna untuk kedamaian yang dikelilingi oleh gunung-ganang. Di atasnya terpapar langit biru dengan iringan awan putih. Setiap orang yang telah melihat gambar ini berfikir bahawa itulah gambaran sempurna mengenai damai.


 
Lukisan yang ke dua juga mempunyai gunung-ganang. Tetapi ia kelihatan kasar dan tidak mesra. Di atas kelihatan langit marah di mana hujan turun, yang disertai kilat yang sedang mencemaskan. Di sebelah bawah kelihatan air terjun berbuih. Pandangan ini langsung tidak menggambarkan suasana damai.

Tetapi ketika Raja melihatnya, dia melihat di belakang air terjun ada belukar kecil tumbuh di celah pecahan batu-batu. Di belukar yang kecil itu, burung membina sarangnya. Di belakang air terjun yang bising, induk burung sedang duduk dengan aman di sarangnya…..damai yang sempurna.


 
Lukisan manakah yang anda fikir berjaya memenangi hadiah itu?

Raja memilih lukisan yang kedua.

Anda tahukah mengapa?

“Kerana,” jelas Raja itu, “damai tidak bermaksud berada di tempat yang tidak bising, tiada masalah, atau kerja keras. Damai bermaksud berada di tengah-tengah semua itu dan tetap ada damai di dalam hatimu. Itulah makna sebenar sebuah damai”

Mengingatkan kita kata Yesus, “Semuanya itu Kukatakan kepadamu, supaya kamu beroleh damai sejahtera dalam Aku. Dalam dunia kamu menderita penganiayaan, tetapi kuatkanlah hatimu, Aku telah mengalahkan dunia." Yohanes 16:33

(Diambil daripada catitan Facebook Sulimon Bin Galus bertarikh 12 Januari 2013)