Isnin, 16 Januari 2017

Usaha Korea Untuk Menghancurkan Kekristianan Hanya Membantunya Bertumbuh

 
Korea Utara telah disenaraikan sebagai negara No.1 paling teruk di dunia untuk menjadi seorang Kristian.

Misionari Robert Jermain Thomas dari Wales
telah membawa Injil ke Semenanjung Korea 
(yang pada waktu itu masih satu negara
yang belum terpisah) 
150 tahun lalu.
Penganiayaan yang terjadi baru-baru ini bukanlah perkara baru, tetapi adalah yang terbaru dalam satu urutan panjang pelanggaran hak-hak kemanusiaan. Sebahagian daripada kisah-kisahnya telah menjadi lagenda, termasuk mengenai orang Kristian dari Wales, Robert Jermain Thomas, seorang missionari yang telah membawa Injil Yesus Kristus ke semenanjung itu 150 tahun yang lalu. 

Legasi Thomas tersembunyi dalam bebayang gelap Korea Utara, sebuah negara yang terkenal mengumpul peluru berpandu dan menganiaya orang-orang Kristian yang secara terbuka merayakan iman mereka dalam Tuhan. Berbeza sekali dengan 29% penduduk negara jiran Korea Selatan yang secara terbuka mengakui diri mereka sebagai Kristian, menurut satu kajian Pew Research 2014. 

Statistik Peratusan Kristian di Korea Selatan

Seorang pastor Korea Selatan yang memimpin Gereja International di Cardiff, Wales memberitahu BBC pada Disember. "Korea pada waktu itu berada dalam kegelapan rohani, dan anak muda dari Wales ini telah membawa Alkitab. Dia telah dibunuh tidak lama selepas ketibaannya, tetapi kematiannya telah mempengaruhi seluruh Korea. Orang yang telah membunuhnya menjadi Kristian dan rumahnya menjadi sebuah gereja." 

Selepas kematian Thomas, dikatakan bahawa iman Kristian bertambah kuat di kedua-dua bahagian utara dan selatan, dan Pyongyang, ibu negara Korea Utara, menjadi salah satu pusat ibadah sejurus sebelum 1990. 



[Pada 1990, hanya 1% daripada populasi negara Korea beragama Kristian, tetapi kebanyakannya daripada usaha-usaha para misionari dan gereja-gereja, Kekristianan telah bertumbuh dengan pesat di Korea Selatan dalam abad yang lepas. Pada 2010, kira-kira tiga dalam sepuluh orang Korea Selatan adalah Kristian, termasuklah anggota-anggota gereja Pentakosta terbesar dunia, Yoido Full Gospel Church, di Seoul.]

Bagaimanapun kisah yang diceritakan dari Korea Utara sangat berbeza.

Thomas dikatakan telah mendarat di tebing sungai Taedong, jalan air yang terletak di Pyongyang, ibu negara Korea Utara. Tetapi menurut sejarah, apa yang disuarakannya telah dihargai tidak lama selepas kematiannya. Ianya telah dikatakan mengenai kebangunan rohani di Korea pada 1907, yang menyerupai versi Wales pada tahun 1904, yang mana adalah kira-kira 40 tahun selepas kematiannya. 

Situasi mengelilingi pembunuhan martir Kristian itu masih tidak diketahui hari ini. Satu cerita mengatakan bahawa:

Lelaki yang terdorong menjelajah ke kawasan pendalaman Korea itu melalui bot untuk menyebarkan imannya telah dipengaruhi oleh hatinya yang terpesona dengan Korea, dan satu pertelingkahan telah berlaku di antara orang-orang di atas bot dan orang-orang Korea di darat. 

Satu lagi versi:

Thomas terpaksa meninggalkan kapal yang terbakar, dan telah ditawan oleh askar setelah tiba di darat. Di darat, dia telah dibunuh oleh askar-askar yang telah menangkapnya. Tetapi sebelum dia dibunuh, dia dikatakan telah berlutut untuk memberikan pembunuhnya sebuah Alkitab. 

Robert Jermain Thomas, misionari
dari Wales yang telah mati
dibunuh di Pyongyang
pada tahun 1866.
Kisah rakyat di sebalik itu telah membawa orang-orang Kristian untuk mengunjungi tapak di mana kapalnya telah mendarat di Korea Utara. Tetapi tentu saja, sebab sebenar mereka datang melawat tidak dapat didedahkan oleh kerana hukuman teruk yang berkaitan dengannya. 

Seorang yang beriman dan yang tidak diberitahu namanya yang selalu melawat negara itu di bawah pemeritnahan Kim Jong-Un berkata bahawa "Saya tidak berjaya mencari kuburnya yang sebenar, tetapi di pulau itu (di tengah Pyongyang di mana kematian itu difikirkan telah berlaku), hanya ada satu kawasan di mana bot itu dapat terkandas di darat dan di situ ada pokok-pokok yang sangat tua."

Seorang lelaki lain, Jacob Park, berkata bahawa orang-orang Kristian yang telah melarikan diri daripada Korea Utara dan kini tinggal di Wales mendakwa bahawa, "orang-orang yang telah melarikan diri mengetahui mengenai Robert Jermain Thomas sebelum mereka meninggalkan negara itu, tetapi mereka telah diberitahu bahawa dia adalah seorang pencuri dan seorang penjajah. Apabila mereka mengetahui kebenaran mengenainya, mereka mengakuinya sebagai seorang wira."

Korea Selatan dan Korea Utara telah berpisah pada 1945.

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Faith Wire bertajuk, "North Korea's Attempt To Crush Christianity Only Helped It Grow" yang ditulis oleh Stephanie Parker bertarikh 12 Januari 2017)