Sekumpulan penggembara yang sedang menjelajah gua-gua pada minggu Hanukkah di kawasan tanah rendah Yudah Shephelah, Israel telah menjumpai apa yang kelihatan adalah ukiran kuno keagamaan pada dinding sebuah takungan, satu takungan bawah tanah yang menyimpan air hujan - analisa awal ukiran-ukiran itu, menorah dan salib, oleh pakar-pakar dari Pihak Berkuasa Antik Israel memberi petanda bahawa ukiran-ukiran itu mungkin berusia beribu tahun, kemungkinan seawal zaman Bait Suci yang Kedua.
Menguji usia ukiran-ukiran itu dengan cara konvensional seperti ujian karbon tentu saja mustahil dijalankan, tetapi keadaan terpencil dan kesukaran memasuki tempat itu memberi petunjuk bahawa ukiran-ukiran tu kemungkinan tidak dilakukan pada zaman modern, wakil Pihak Berkuasa Antik Israel, Sa'ar Ganor mengatakan dalam satu temuramah.
Menorah dengan tujuh cabang |
Juga adalah menarik bahawa ukiran menorah itu menunjukkan tujuh cabang (tiga di setiap belah dansatu di tengah untuk penyalaan api) berbanding dengan sembilan yang biasa digunakan hari ini. Ini, kata Ganor, menunjukkan bahawa ukiran menorah itu kemungkinan dilakukan pada zaman Bait Suci yang Kedua, di mana kaki dian seperti itu digunakan untuk menerangi Bait Suci, dari kira-kira tahun 516 Sebelum Masihi hingga 50 Tahun Masihi, bila Bait Suci itu dibinasakan. Pada zaman modern, pengikut-pengikut iman Yahudi menyalakan lapan lilin di di setiap belah dan satu di tengah untuk penyalaan api sebagai sebahagian daripada istiadat Hanukkah untuk memperingati pemulihan Bait Suci di Yerusalem.
Di gua yang sama, pengembara-pengembara itu juga mmenjumpai ukiran salib, suatu simbol yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian untuk mengucapkan iman mereka untuk beribu tahun. Bagimana dua ukiran itu dapat wujud secara begitu dekat adalah satu misteri, tetapi Ganor mengatakan bahawa ukiran-ukiran itu kemungkinan telah dibuat dalam jarak waktu beratus-ratus tahun yang berbeza oleh orang-orang yang bersembunyi di gua-gua itu untuk sebab-sebab yang berlainan.
Berdekatan kedua-dua ukiran itu terdapat satu lagi ukiran - yang menunjukkan anak kunci, yang belum lagi dikaji dengan teliti untuk mendedahkan identiti dan maknanya. Ganor berkata penemuan itu adalah penemuan ayng mengujakan dan memberi petanda bahawa kemungkinan terdapat ukiran-ukiran yang lain - sebuah pasukan telah ditubuhkan untuk memeriksa gua-gua itu, walaupun tapak sebenarnya masih disembunyikan untuk menghalang peminat-peminat amatur daripada menyebabkan kerosakan.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Phys bertajuk, "Hikers Discover Menorah And Cross Etched Into Cave Walls In Israel" yang ditulis oleh Bob Yirka bertarikh 4 Januari 2017)