Carta: Open Doors |
Pada tahun yang lepas, untuk tahun ketiga secara berturut-turut, penganiayaan terhadap orang-orang Kristian telah mencatit rekod tertinggi di sekeliling dunia.
Open Doors telah mengeluarkan World Watch List (Senarai Pemerhatian Dunia) 2017 dan menyatakan kebimbangan yang semakin meningkat untuk Asia bersama dengan Timur Tengah, oleh kerana nasionalisme perkauman dan ekstrimisme Islamik.
Senarai tahunan ini menyelidiki tekanan-tekanan yang dihadapi oleh orang-orang Ktistian dalam lima aspek kehidupan (peribadi, keluarga, komuniti, nasional dan gereja), dan ditambah juga tahap-tahap keganasan yang dimotivasi oleh keagamaan, untuk mendapatkan senarai kedudukan 50 negara di mana "orang-orang Kristian menghadapi paling banyak penganiayaan"
Open Doors mentakrifkan penganiayaan sebagai "sebarang penentangan atau permusuhan yang dialami oleh kerana pengenalan dengan Kristus." Ianya menyatakan, "Umat Kristian masih salah satu kumpulan keagamaan yang paling banyak menghadapi penganiayaan di dunia. Orang-orang Kristian di sekeliling dunia terus menghadapi risiko dipenjara, kehilangan rumah dan harta, diseksa, dipenggal kepala, dirogol dan juga kematian oleh kerana iman mereka."
(Open Doors - World Watch List 2017)
Carta: Open Doors |
Laporan Christianity Today melaporkan 10 trend berkenaan kajian ini:
- Lebih kurang 215 juta orang Kristian mengalami penganiayaan yang teruk, sangat teruk, atau ekstrim.
- Korea Utara kekal sebagai tempat paling berbahaya untuk menjadi seorang Kristian (untuk 14 tahun berturut-turut).
- Ekstrimisme Islam kekal sebagai pendorong utama global untuk penganiayaan, bertanggungjawab memulakan penindasan dan konflik di 35 daripada 50 negara dalam senarai 2017.
- Nasionalisme perkauman sedang cepat menjadi pendorong besar untuk penganiayaan. "Manakala ini mengambil bentuk anti-pentadbiran di negara-negara Barat, ianya mengambil bentuk anti-kaum minoriti di Asia, dipacu oleh nasionalisme perkauman yang dramatik dan rasa tidak terjamin kerajaan. Ianya biasa berlaku - dan mudah - untuk kerajaan-kerajaan yang goyah mendapat sokongan yang cepat dengan mengambinghitamkan orang-orang Kristian."
- Jumlah bilangan insiden penganiayaan dalam 50 negara paling berbahaya telah bertambah, menunjukkan bahawa penganiayaan terhadap umat Kristian di sekeliling dunia menjadi trend yang semakin meningkat.
- Paling ganas: Pakistan, yang telah meningkat ke tempat No. 4 di senarai itu untuk tahap keganasan yang "mengatasi utara Nigeria."
- Pembunuhan-pembunuhan di Nigeria telah meningkat lebih daripada 62 peratus.
- Pembunuhan orang-orang Kristian lebih tersebar secara geografi daripada kebanyakan jangka waktu yang dikaji. "Lebih dekat ke negara Amerika, 23 pemimpin Kristian di Mexico dan empat di Colombia telah dibunuh secara khusus kerana iman mereka," kata Open Doors mengenai insiden yang "jarang-jarang sekali" terjadi itu.
- Penambahan terburuk: Mali, yang telah meningkat kedudukan paling banyak dari No. 44 ke No. 32.
- Asia adalah pusat baru yang membimbangkan, dengan penganiayaan bertambah secara mendadak di Bangladesh, Laos dan Bhutan, dan Sri Lanka yang memasuki senarai untuk kali pertamanya.
Open Doors menyatakan bahawa India mencapai kedudukan tertinggi yang pernah dicapainya, pada No. 15, di tengah-tengah kebangkitan nasionalisme yang berterusan. "Secara purata 40 insiden dilaporkan setiap bulan, termasuk pastor-pastor dipukul, gereja-gereja dibakar dan orang-orang Kristian diganggu," begitu dinyatakan Open Doors. "Dari 64 juta orang Kristian di India, lebih kurang 39 juta mengalami penganiayaan secara langsung."
Di Asia Tengah, penganiayaan merebak kerana kedua-duannya ekstrimisme Islamik dan usaha kerajaan untuk menyekat agama Kristian. "Dalam banyak negara, serbuan kerajaan ke atas keluarga-keluarga Kristian yang disyaki telah bertambah, buku-buku Kristian tertentu telah diharamkan," begitu dinyatakan Open Doors, "dan syarat-syarat keanggotaan untuk kekal sebagai gereja yang sah telah ditambahkan dua kali ganda, menyebabkan banyak gereja dianggap tidak sah dalam sekelip mata."
- Korea Utara
- Somalia
- Afghanistan
- Pakistan
- Sudan
- Syria
- Iraq
- Iran
- Yemen
- Eritrea
Yemen adalah satu-satunya negara baru dalam senarai 10 negara teratas, menggantikan Libya dari tahun-tahun sebelumnya.
Dalam masa 25 tahun yang lepas, hanya tiga negara yang pernah menduduki kemuncak senarai: Korea Utara (2002-2017), Arab Saudi (1993-1995; 1998-2001), dan Somalia (1996-1997).
10 negara teratas dalam jangka masa 25 tahun adalah:
- Korea Utara
- Saudi
Arabia
- Iran
- Somalia
- Afghanistan
- Maldives
- Yemen
- Sudan
- Vietnam
- China
Walaupun di tengah-tengah penganiayaan yang dahsyat, Tuhan masih sedang bekerja di dunia. Kebenaran-Nya sedang diberitakan. Ramai yang datang mengenali-Nya. Injil sedang tersebar ke seluruh dunia. Semoga Dia membantu kita semua untuk sentiasa dan semakin menyedari keperluan-keperluan saudara-saudara kita di sekeliling dunia. Semoga Dia mengingatkan kita untuk berdoa sentiasa untuk pihak mereka.
"Tuhan, kami memohon agar Roh-Mu akan mengelilingi umat-Mu pada tahun ini lebih lagi daripada yang pernah terjadi. Berikan mereka kekuatan-Mu, berikan mereka keberanian yang besar, bungkusi mereka dengan damai yang besar. Kami berdoa untuk keajaiban perlindungan-Mu dan semoga Nama-Mu akan dimuliakan di setiap negara. Dalam Nama Yesus yang berkuasa kami berdoa, Amen."
(Dipetik dan diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Christian Headlines bertajuk, "Top 50 Countries Where Persecution Is Strongest: Open Doors' 2017 World Watch List Is Released" yang ditulis oleh Debbie McDaniel bertarikh 11 Januari 2017, dan daripada artikel Christianity Today bertajuk, "'Worst Year Yet': The Top 50 Countries Where It's Hardest To Be A Christian" yang ditulis oleh Jeremy Weber bertarikh 11 Januari 2017)