Rabu, 22 Februari 2017

Polis Masih Sedang Mengesan Pastor Yang Diculik

Polis masih meneruskan siasatan untuk mengesan Pastor Koh yang telah diculik
Isnin lepas. Kedua-dua Pastor Koh dan keretanya masih belum ditemui lagi.

PETALING JAYA: Polis belum berputus asa dalam pencarian Pastor Raymond Koh Keng Joo yang telah diculik, walaupun kekurangan maklumat tambahan dalam kes itu.

Pembantu ASP OCPD Mohd Zani Che Din berkata polis telah mejalankan operasi harian untuk mengesan Koh dan membebaskannya sejak dia dilaporkan hilang pada 13 Februari. 

"Kami telah mengatur projek setiap hari berkenaan kes ini, tetapi tidak mendapat maklumat tambahan yang baru. 

"Saya tidak mahu mendedahkan terlalu banyak pada tahap ini kerana penyiasatan masih dijalankan," katanya. 

Kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 365 Akta Keseksaan untuk penculikan dengan niat secara rahsia dan salah menahan seseorang. 

Koh telah diculik pada Isnin lepas oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10 Petaling Jaya, kurang 100m dari kompleks perumahan polis. 

Dia sedang memandu sebuah kereta berwarna perak (dalam foto) dengan nombor pendaftaran ST 5515 D. 

Keluarganya telah meningkatkan ganjaran untuk maklumat mengenai lokasinya ke jumlah RM100,000 dari RM10,000.  

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel The Star bertajuk, "Cops Still Trying To Locate Abducted Pastor" bertarikh 22 Februari 2017)