Pembunuhan beramai-ramai orang-orang Yahudi merupakan penghapusan bangsa yang paling diketahui dalam seluruh sejarah manusia. Dalam usaha radikalnya untuk menghapuskan semua orang Yahudi dan mencipta satu "bangsa yang terulung", Jerman Nazi pimpinan Adolf Hitler telah membunuh lebih daripada 6 juta orang Yahudi, dan anggaran sejumlah 11 juta orang dalam masa 12 tahun.
Pemerintahan Hitler adalah pada waktu yang sama dengan Perang Dunia Kedua, yang akhirnya membawa kepada kisah seorang wira British, Sir Nicholas Winton.
Semasa Perang Dunia Kedua, Winton memikul atas dirinya sendiri tanggungjawab untuk menyelamatkan kanak-kanak Yahudi di negara-negara yang telah ditawan oleh Nazi.
Dia secara rahsia mengatur perjalanan selamat 669 kanak-kanak ke negaranya, England. Ketika mereka tiba dalam lapan keretapi yang berlainan, Winton memastikan bahawa setiap kanak-kanak akan dipelihara oleh pelbagai keluarga British.
Seluruh operasinya itu memerlukan perancangan rapi, sebab dia tahu bahawa dia akan dibunuh jika dia ditangkap. Winton begitu menyimpannya sebagai rahsia sehingga isterinya, Greta langsung tidak tahu mengenai tindakan beraninya sehingga 50 tahun kemudian!
Isterinya menjumpai buku skrap di bawah bumbung rumah dengan senarai setiap kanak-kanak di dalamnya.
Setelah mendapat tahu mengenai usaha-usahanya untuk menyelamatkan, satu program BBC telah diatur untuk memaparkan kisah Winton kepada dunia.
Greta secara rahsia telah menjemput setiap kanak-kanak di senarai itu, memohon kehadiran mereka dalam program itu. Dia menerima lebih daripada 200 jawapan - ramai daripada mereka bersetuju untuk datang.
Pertemuan kembali pada 1988 itu telah dirakamkan, sambil wanita yang menggongsikan kisah Winton di pentas mendedahkan bahawa wanita yang duduk di sebelahnya adalah salah seorang daripada ramai kanak-kanak yang telah diselamatkannya.
Pengacara itu terus mengatakan, "Jika ada orang lain di ruangan ini yang terhutang nyawa mereka kepada Nicholas Winton, silakan berdiri."
Seluruh pada hadirin bangkit berdiri dan dengan air mata berlinangan, Winton mula menyedari bahawa setiap orang di sekelilingnya masih hidup hari ini kerana keberaniannya.
Itu adalah salah satu detik paling menakjubkan yang membuat meremang bulu roma.
Nicholas Winton meningggal dunia pada 2015, pada usia 106 tahun. Dia telah menjalani usia panjang melayani orang lain, dan dia akan dicatit dalam sejarah sebagai salah seorang wira terulung sepanjang masa.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Faith It bertajuk, "This Man Rescued 669 Kids From Nazi Camps. He Doesn't Know It Yet, But He's Sitting with Them" yang ditulis oleh Bri Lamm betarikh 26 pril 2017)