Khamis, 27 April 2017

Polis Merekod Kenyataan Daripada Peter Chong


SERDANG: Polis telah merekod kenyataan daripada Peter Chong mengenai dakwaannya memiliki maklumat mengenai penculikan Pastor Raymond Koh.

Ketua CID Polis Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata Chong telah memberi kerjasamanya dalam perkara itu ketika dia bertemu dengan pasukan penyiasat pada 19 April.

Dia berkata penyiasatan polis mengenai penculikan Koh masih berterusan dan polis akan menyiasat kenyataan Chong. 

Chong yang mula hilang pada 6 April dan yang kemudiannya didapati telah pergi ke Negara Thai dan kembali ke Malaysia 10 hari kemudian, mendakwa bahawa dia telah menyeberangi sempadan untuk mencari maklumat mengenai penculikan Koh. 

Dia mendakwa setelah dia tiba di Hatyai, dia telah diculik oleh seorang lelaki dan telah dibawa ke Pattaya sebelum dibebaskan berhari-hari kemudian. 

Chong yang merupakan seorang peserta yang giat dalam acara-acara berlilin yang diadakan untuk Koh tidak membuat laporan mengenai penculikan itu kepada polis Thai dan kembali ke Malaysia selepas menghubungi keluarganya. 

Kehilangannya mencetuskan kebimbangan bahawa dia telah diculik oleh kerana seminggu sebelumnya dia telah mengatakan dalam satu catitan Facebook bahawa dia telah didekati oleh seorang penunggang motosikal yang memberi amaran kepadanya mengenai orang-orang "yang hilang". 

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel The Sun Daily bertajuk, "Cops Record Statement From Peter Chong" yang ditulis oleh Charles Ramendran bertarikh 26 April 2017)