Khamis, 7 September 2017

Pemimpin-Pemimpin Agama Gesa Haramkan Permainan Video "Fight of Gods"


PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin agama di sini merasa tersinggung atas sebuah permainan video yang baru dilancarkan yang memaparkan di antaranya, Yesus Kristus dan Gautama Buddha sebagai watak pendekarnya.

Pemimpin-pemimpin dari pelbagai agama semalam mengecam permainan yang direka oleh syarikat gaming luar negara, Digital Crafter, sambil menggesa kerajaan untuk mengharamkan permainan itu "yang tidak dapat diterima."

Permainan itu, yang pada waktu ini, boleh diperolehi dengan hanya RM11 di Steam Early Access (sebuah platform pengedaran digital untuk versi permainan yang belum siap) telah pada 4 September, menambahkan Yesus Kristus dan Gautama Buddha ke senarai pendekarnya. 

Sebelum ini ianya telah memaparkan Dewa Yunani Zeus, Dewa Viking Odin, Guan Gong dan Musa ketika ianya pertama kalinya diumumkan pada Mac. Satu video promosi dengan tajuk, "The Gods Are At War" juga dapat dilihat secara online.

Difahamkan bahawa pereka-perekanya yang merancang untuk menambahkan lebih watak kepada senarainya pada masa terdekat telah menanya para peminat untuk cadangan, dan Nabi Muhammad telah pun menjadi satu pilihan kegemaran untuk ditambahkan. 

"Kerajaan harus serta-merta mengharamkan permainan itu atau menyekat link untuk memuat-turunnya untuk mengelakkan kemungkinan ketegangan agama di negara ini," Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberitahu theSun semalam.

Dia memperingatkan bahawa sementara kebanyakan gamer hanya bermain secara "suka-suka" sahaja, ada yang mungkin mengambilnya secara serius dan ini boleh membawa kepada kebencian terhadap agama-agama lain.

"Mana-mana agama dan pemimpin agama yang waras akan mengecam terus permainan itu, oleh kerana saya pasti tiada agama yang menggalakkan keganasan dan perlawanan satu dengan yang lain," katanya.

Timbalan Presiden Majlis Perundingan Malaysia untuk Buddhis, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST), Datuk R. S. Mohan Shan berkata permainan itu memperkecilkan agama-agama dan pemimpin-pemimpin agama mereka. 

"Ini adalah perkara sensitif, dan ianya sepenuhnya tidak dapat diterima. Kami tidak pernah akan terima permainan-permainan seperti ini. Kerajaan mesti mengambil tindakan serta-merta mengharamkan penjualan permainan itu di sini," katanya. 

"Ianya juga tidak sihat untuk kanak-kanak sebab mereka mungkin menjadikan idola watak-watak tertentu dalam permainan itu yang dianggap lebih berkuasa berdasarkan jumlah kemenangan yang mereka kecapi dengan watak itu. 

Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM), Rev Dr Hermen Shastri berkata penggunaan nama dan gambaran yang menyerupai Tuhan dan tokoh-tokoh agama dalam penerbitan permainan adalah tahap paling teruk tidak peka dan tidak menghormati.

Dia menggesa kerajaan untuk merayu kepada pereka itu untuk menarik balik penggunaan tokoh-tokoh agama dalam permainan itu dan menggantikan mereka dengan watak-watak yang lebih dapat diterima.

Ketua biro keharmornian agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker berkata bahawa tindakan serta-merta mesti diambil untuk menghentikan penjualan dan pengedaran permainan itu di sini kerana ianya "menyentuh perasaan sensitif agama-agama." 

"Tidak kira dari mana asalnya permainan itu, ianya tidak harus dibenarkan mencemarkan keharmonian keagamaan kita. Pihak berkuasa harus gunakan apa-apa saja peruntukan dalam undang-undang untuk membendung ini," dia memberitahu theSun.

(Diterjemah daripada artikel The Sun Daily bertajuk, "Religious Leaders Condemn "Fight of Gods" Video Game Featuring 'Jesus' and 'Buddha'" yang ditulis oleh Amar Shah Mohsen bertarikh 7 September 2017)