"Tindakan lanjut akan diambil jika mereka gagal melakukan demikian," Menteri Komunikasi dan Multimedia itu mengatakan dalam satu kenyataan pada hari Khamis, yang merujuk kepada pelancaran sebuah permainan video bertajuk, "Fight of Gods" yang memaparkan antara lainnya Yesus Kristus dan Gautama Buddha sebagai watak dalam permainan.
Dia berkata bahawa permainan video itu yang telah direka oleh sebuah studio gaming Taiwan, memperkecilkan agama-agama dan pemimpin-pemimpin agama dan menjadi ancaman besar kepada kepada perpaduan dan keharmonian perkauman.
"Untuk kepentingan awam, perlu dipastikan bahawa langkah-langkah serta-merta diambil supaya isi kandungan itu tidak terus memudaratkan orang-orang lain," katanya.
Salleh berkata menghasilkan dan menyebarkan kandungan yang menyinggung perasaan adalah kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan menegaskan bahawa SKMM akan bekerjasama dengan semua pihak yang relevan untuk membendung jenayah itu.
"Rakyat Malaysia menghormati semua budaya dan agama, dan penjualan serta penyebaran permainan-permainan yang tidak peka dan menghujat agama mestilah dihentikan dengan serta-merta," katanya.
Salleh juga mengingatkan para pengguna untuk membuat pilihan yang bijak ketika memilih kandungan untuk diakses. - Bernama
(Diterjemah daripada artikel The Star Online bertajuk, "Video Game 'Fight of Gods' To Be Disabled Within 24 Hours" bertarikh 7 September 2017)