Kawan-kawan yang dikasihi,
Ramai daripada anda telah mendengar berita mengenai Nabeel Qureshi yang telah meninggalkan kita untuk kembali ke pangkuan Juruselamatnya. Dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tengahari Sabtu, 16 September. Pada waktu itu, saya baru saja meninggalkan Manila untuk ke perhentian saya yang seterusnya, oleh itu ianya adalah waktu tengah malam bagi saya. Saya tidak mendapat berita itu sehinggalah kapalterbang mendarat beberapa jam kemudian.
Kami sangat merasakan kehilangannya dan hati kami amat berat. Ya, kami tidak ingin menghadapi waktu dan ketika ini, tetapi waktunya telah tiba. Tuhan kita mengerti. Dia juga menangis untuk Lazarus, walaupun tahu bahawa Dia akan membangkitkannya. Rasa sedih atas kematian adalah sesuatu yang nyata. Perpisahan yang pendik pun menyebabkan rasa sedih. Saya dilanda pelbagai kenangan. Saya telah memuatkan kata-kata kenangan di beberapa penerbitan, atas permintaan penerbitan-penerbitan itu. Adalah mengkagumkan bahawa suatu kehidupan yang begitu singkat mempunyai impak yang begitu besar. Itu adalah sesuatu yang jarang-jarang terjadi dan merupakan penghargaan kepada seorang yang mengkagumkan.
Saya akan merindukan suaranya di telëfon mengatakan, "Hello, uncle." Saya akan merindukan senyumannya yang tidak dapat dilupakan itu. Lebih penting lagi, saya akan rindu menyaksikannya berkhutbah dengan pengurapan yang begitu jarang-jarang dimiliki. Saya akan menulis lebih lagi pada waktu lain. Buat masa ini, saya hanya ingin menyatakan betapa sedihnya kami untuk kehilangan rakan apologetik kami, yang dengan mesejnya yang berkuasa, telah mengubah kehidupan berpuluh ribu orang yang telah mendengarkannya.
Selamat tinggal, sahabatku. Aku meratapi pemergianmu. Aku menangis atas persahabatan yang terlalu singkat. Aku telah belajar banyak daripadamu. Kamu selalu menanyaku selepas sebuah mesej, "Uncle, bagaimanakah penyampaianku?" Aku bersukacita. Sukacitamu kini akan lebih besar sambil kamu menanya Tuhanmu dan Allahmu, "Bapa, bagaimanakah penyampaianku?" Kamu akan mendengar pujian ilahi, "Syabas, anak-Ku."
Aku mengasihimu Nabeel. Kamu akan selalu ada di hatiku.
Jumpa tak lama lagi, kawan yang kukasihi,