"The Star," yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 17 November, adalah filem Krismas mesra keluarga yang membawa kisah Krismas dengan cara yang hormat tetapi juga humor, begitu didedahkan oleh penerbit DeVon Franklin dan penulis/penerbit yang dicalonkan untuk Anugerah Academy, Timothy Reckhart.
Dibarisi oleh pelakon-pelakon bintang termasuk Steven Yeun ("The Walking Dead"), Oprah Winfrey, Tyler Perry, penyanyi Kelly Clarkson, dan Gina Rodriguez ("Jane the Virgin"), "The Star menceritakan kisah kelahiran Yesus seperti yang dicatatkan dalam Perjanjian Baru - dari sudut pandangan haiwan-haiwan itu.
"Ianya adalah salah satu daripada filem-filem yang anda tidak pernah tonton dari perspektif ini Ianya benar-benar yang pertama seperti itu," Franklin ("Miracles from Heaven") memberitahu The Gospel Herald, sambil menyatakan bahawa filem itu adalah filem animasi berasaskan iman yang pertama ditayangkan di pawagam secara besar-besaran sejak 1998 dengan "Princess of Egypt."
"Untuk menceritakan kisah yang klasik dari sudut pandangan yang tidak konvensional, kami fikir ianya adalah cara yang hebat untuk membawa keluarga-keluarga dan orang ramai untuk benar-benar melihat kisah itu dengan cara yang baru dan memperkenalkannya semula kepada generasi baru," tambahnya,
Manakala tidak ada kurangnya filem-filem klasik Krismas - dari "A Charlie Brown's Christmas" ke "It's A Wonderful Life" - filem-filem itu bukanlah sebenarnya mengenai kelahiran Kristus," kata Reckart.
"Tiada di antara filem-filem animasi yang mesra keluarga yang mengisahkan itu dengan kualiti tahap studio," katanya. "Jadi, sejujurnya, itulah yang membuat saya benar-benar teruja untuk mengambil bahagian dalam projek ini, iaitu untuk menghasilkan filem yang sukar dipercaya belum lagi wujud."
Mengikut sinopsis filem itu, "The Star" mengikuti "seekor keldai yang kecil tetapi berani bernama Bo yang merindukan kehidupan yang lain daripada rutin hariannya di tempat pengirikan di kampung. Pada suatu hari dia memberanikan diri untuk melepaskan diri, dan akhirnya memulakan satu perjalanan yang diimpikannya. Dalam perjalanannya, dia telah bergabung dengan Ruth, seekor domba comel yang tersesat daripada kawanannya, dan Dave, seekor merpati yang mempunyai cita-cita melangit. Bersama dengan tiga unta yang suka berjenaka dan beberapa haiwan ladang yang pelik, Bo dan teman-teman barunya mengikuti 'The Star' dan menjadi wira secara tidak sengaja dalam kisah teragung pernah diceritakan - Krismas yang pertama."
Sementara "The Star" penuh dengan humor dan animasi yang hebat, Franklin menekankan bahawa untuk mengikuti dengan setia catitan Alkitabiah mengenai kelahiran Yesus telah menjadi matlamat utama pembikin-pembikin filem itu.
"Semua perkara yang anda tahu mengenai kisah natal ada di situ; bilik di rumah penginapan, bayi laki-laki di palungan," Franklin berkata. "Tetapi di mana kita boleh ada gelak tawa... adalah dengan menunjukkan bagaimana haiwan-haiwan itu telah memainkan peranan di sebalik babak-babak untuk membawa Maria dan Yusuf dari lokasi A ke lokasi B. Jadi ianya baik untuk mempunyai ketegasan dalam perkara-perkara yang kita tidak boleh ubah. yang kemudian membebaskan kita dalam perkara-perkara di sekelilingnya, yang kita boleh ubah."
"Kami boleh menceritakan kisah yang anda tidak tahu sebab kami boleh bersandar pada kisah yang anda sudah tahu," tambah Reckhart.
Manakala "The Star" adalah filem berdasarkan iman yang menginspirasikan, ianya akan menarik hati para hadirin yang lebih meluas, oleh kerana tema-tema pengharapan, sukacita dan keriangan Krismas adalah bersifat sejagat.
"Ada ramai orang yang merayakan Krismas yang tidak semestinya orang-orang Kristian yang aktif ke gereja, dan saya fikir jika Krismas itu memiliki sesuatu makna bagi mereka, filem ini juga akan mempunyai makna bagi mereka," kata Reckhart.
Filem animasi, tambahnya, bukan hanya untuk kanak-kanak -- ianya untuk semua para penonton.
"Apakah cara yang lebih baik untuk anak-anak anda memahami satu kisah yang benar-benar merupakan asas kepercayaan anda daripada dengan pergi menikmati pengalaman bersama seperti ini, di mana ibu bapa dapat menontonnya bersama dengan anak mereka, mereka boleh memberi pengisian kepada kisah ini, mereka boleh saling berbincang," katanya. "Dan sambil itu, kami percaya mereka juga akan terinspirasi."
Penerbit eksekutif untuk "The Star" adalah Franklin dan Lisa Hermon, dan Brian Henson (The Jim Henderson Company). Skrip filem telah ditulis oleh Carlos Kotkin dan animasi digital oleh Cinesite Studios.
(Diterjemahkan daripada artikel The Gospel Herald bertajuk, "Christmas Movie 'The Star' Tells The Story of Jesus' Birth In a Reverent, Humorous Way" yang ditulis oleh Leah Marieanne Klett bertarikh 2 November 2017)
"Untuk menceritakan kisah yang klasik dari sudut pandangan yang tidak konvensional, kami fikir ianya adalah cara yang hebat untuk membawa keluarga-keluarga dan orang ramai untuk benar-benar melihat kisah itu dengan cara yang baru dan memperkenalkannya semula kepada generasi baru," tambahnya,
Temuramah dengan penerbit DeVon Franklin (kiri) dan penulis/penerbit Timothy Reckhart (tengah) mengenai filem "The Star" |
"Tiada di antara filem-filem animasi yang mesra keluarga yang mengisahkan itu dengan kualiti tahap studio," katanya. "Jadi, sejujurnya, itulah yang membuat saya benar-benar teruja untuk mengambil bahagian dalam projek ini, iaitu untuk menghasilkan filem yang sukar dipercaya belum lagi wujud."
Mengikut sinopsis filem itu, "The Star" mengikuti "seekor keldai yang kecil tetapi berani bernama Bo yang merindukan kehidupan yang lain daripada rutin hariannya di tempat pengirikan di kampung. Pada suatu hari dia memberanikan diri untuk melepaskan diri, dan akhirnya memulakan satu perjalanan yang diimpikannya. Dalam perjalanannya, dia telah bergabung dengan Ruth, seekor domba comel yang tersesat daripada kawanannya, dan Dave, seekor merpati yang mempunyai cita-cita melangit. Bersama dengan tiga unta yang suka berjenaka dan beberapa haiwan ladang yang pelik, Bo dan teman-teman barunya mengikuti 'The Star' dan menjadi wira secara tidak sengaja dalam kisah teragung pernah diceritakan - Krismas yang pertama."
Watak-watak utama filem "The Star" |
Sementara "The Star" penuh dengan humor dan animasi yang hebat, Franklin menekankan bahawa untuk mengikuti dengan setia catitan Alkitabiah mengenai kelahiran Yesus telah menjadi matlamat utama pembikin-pembikin filem itu.
"Semua perkara yang anda tahu mengenai kisah natal ada di situ; bilik di rumah penginapan, bayi laki-laki di palungan," Franklin berkata. "Tetapi di mana kita boleh ada gelak tawa... adalah dengan menunjukkan bagaimana haiwan-haiwan itu telah memainkan peranan di sebalik babak-babak untuk membawa Maria dan Yusuf dari lokasi A ke lokasi B. Jadi ianya baik untuk mempunyai ketegasan dalam perkara-perkara yang kita tidak boleh ubah. yang kemudian membebaskan kita dalam perkara-perkara di sekelilingnya, yang kita boleh ubah."
"Kami boleh menceritakan kisah yang anda tidak tahu sebab kami boleh bersandar pada kisah yang anda sudah tahu," tambah Reckhart.
Manakala "The Star" adalah filem berdasarkan iman yang menginspirasikan, ianya akan menarik hati para hadirin yang lebih meluas, oleh kerana tema-tema pengharapan, sukacita dan keriangan Krismas adalah bersifat sejagat.
"Filem ini berfungsi pada dua tahap," Franklin berkata. "Filem itu berkesan walaupun anda tidak tahu kisahnya."