Selasa, 7 November 2017

Billy Graham: Hidup Yang Menginspirasikan (Dalam Foto)


Penginjil dan penulis Rev. Billy Graham telah menyampaikan Injil secara langsung kepada sejumlah hampir 215 juta orang di lebih daripada 185 negara. Dia telah menjangkau lebih ramai lagi yang tidak terhitung menerusi televisyen, video, filem dan siaran internet.

Berikut dalam bentuk foto adalah beberapa detik penting dalam kehidupan, kerjaya dan pelayanannya.



Pada 1950, Billy Graham yang berusia 31 tahun, yang pelayanannya sedang meningkat, menjalankan kebaktian kebangunan rohani di Portland, di mana dia berbicara kepada lebih 6,000 orang.



Graham dan isterinya, Ruth, duduk di sebelah tempat perapian di Carolina Inn, di Chapel Hill, North Carolina, dalam foto yang diambil pada 8 Februari, 1951. Graham adalah anak jati North Carolina.



Graham membaca petikan dari Alkitab kepada para hadirin yang ramai dan yang penuh minat di Trafalgar Square, London pada 12 April 1954.



Graham bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat, Dwight Eisenhower semasa lawatan ke Rumah Putih pada 10 Mei 1957. Graham telah bertemu dengan setiap Presiden dari Harry S. Truman ke Barack Obama semasa pentadbiran mereka. 



Graham mengucapkan selamat tinggal kepada isterinya Ruth dan lima anak mereka pada 15 Januari 1958, sebelum berlepas ke jelajah rapat umum yang membawanya ke lapan negara Amerika Latin. Anak-anak itu adalah dari kiri, Nelson, berusia 4 hari, Franklin, 5 tahun, Ruth, 7 tahun, Virginia, 12, dan Anne, 9.



Graham memukul bola golf keluar daripada kawasan pasir di padang golf Riversdale di Victoria, Australia pada 4 Mac 1959. Graham telah pergi ke Australia untuk mengadakan jelajah rapat umum yang membawanya ke beberapa bandaraya di Australia. 



Pada 17 Mac 1960, Graham semasa dalam jelajah 18,000 batu ke Afrika dan Timur Tengah, telah membuat kunjungan ke Tembok Meratap (Wailing Wall) di Yerusalem.



Graham bergambar dengan pelakon Barbara Stanwyck (kiri) dan Betty Hutton semasa kunjungan ke Hollywood, California pada 19 September 1963.



Graham disambut oleh beratus-ratus askar Amerika Syarikat pada 21 September, 1966, semasa lawatan Krismasnya ke Vietnam. 



Patriach Pimen, ketua gereja Ortodoks Rusia, mendengar sambil Rev. Graham berucap di katedral utama Rusia pada 21 September 1984. 



Pada 1991, Graham mengadakan rapat umum pertamanya di New York City selepas 21 tahun. Di sini dia berucap kepada 250,000 orang yang telah berkumpul di Central Park. Seorang jurucakap mengatakan ianya adalah jumlah hadirin yang terbesar pernah dicatitkan di salah satu rapat umum Graham di Amerika Utara. 



Billy Graham berucap di pentas di daerah Queens, New York, pada hari ketiga dan terakhir kebangunan rohani terakhirnya di Amerika pada Ahad, 26 Jun, 2005.



Pada 31 Mei, 2007, Graham yang  berusia 88 tahun, menghadiri upacara mendedikasikan Billy Graham Library di Charlotte, North Carolina. 


(Diterjemah daripada artikel Guideposts bertajuk, "Billy Graham: An Inspiring Life In Photographs")