Selasa, 7 November 2017

Selamat Hari Jadi, Billy Graham: Penginjil Terkemuka Dunia Mencapai Usia 99 Tahun


Billy Graham telah mencapai usia 99 tahun pada hari ini (Selasa), setelah menghabiskan tiga perempat daripada hidupnya mengkhabarkan Injil. Dia memulakan tahun yang ke-100nya sebagai salah seorang lelaki yang paling dikagumi di Amerika. 

"Sebagai sebuah keluarga, kami begitu bersyukur bahawa dia masih bersama kami," Franklin Graham berkata. "Fikirannya bagus, tetapi dia lebih senyap kebelakangan ini. Dia tidak dapat melihat dan mendengar dengan jelas, tetapi kesihatannya stabil... saya tahu ayah saya bersyukur untuk semua doa-doa dan ucapan hari jadi baginya sempena hari istimewa ini."

Keluarganya akan bersama Encik Graham sambil mereka merayakan dengan kek kegemarannya - kek limau - dan Perpustakaan Billy Graham akan menyediakan kek untuk setiap orang yang melawat pada hari Selasa.

"Juga sambil ayah saya memasuki tahun ke-100nya, untuk sepanjang tahun yang membawa ke hari jadi ke-100nya, kami ingin memperingati apa yang Tuhan telah lakukan melaluinya dengan memberikan tumpuan kepada detik-detik penting hidupnya dan sebahagian daripada lapan dekad pelayanannya," Franklin berkata.

"Billy Graham Evangelistic Association (BGEA) terus melangkah dengan kuat ke masa hadapan tetapi ianya juga baik untuk merayakan masa lampau."

Setiap bulan sehingga ke hari jadi Encik Graham yang keseratus akan memberikan tumpuan kepada detik-detik penting dalam hidupnya, dengan kandungan istimewa dipaparkan di BillyGraham.org dan dalam majalah Decision.

"Ayah saya selalu ingin fokus diberikan kepada Tuhan Yesus Kristus, dan bukan kepada dirinya; oleh itu kita akan menunjuk kepada cara-cara menakjubkan Tuhan telah bekerja dalam jiwa-jiwa di sekeliling dunia, melalui pelayanan Billy Graham," kata Franklin.

Sempena hari jadi Encik Graham, BGEA mengambil sejenak waktu untuk mengingati permulaannya yang kecil dan merayakan ke mana Tuhan telah membawanya.

"Saya Seorang Pengkhutbah Biasa"

Ketika Billy Graham berusia 15 tahun, ayahnya dan peniaga-peniaga lain di kampung halaman mereka di Charlotte, North Carolina, telah berkumpul di ladang tenusu keluarga Graham dan berdoa untuk kebangunan rohani bagi kota mereka - secara khusus bahawa Tuhan akan bangkitkan seseorang dari Charlotte untuk mengembangkan Injil ke seluruh dunia.

Beberapa bulan kemudian pada tahun itu, 1934, Billy Graham telah mendedikasikan hidupnya kepada Yesus Kristus selepas mendengarkan penginjil undangan Mordecai Ham.

Pada waktu dia tamat pengajian di sekolah menengahnya, Billy Graham yang masih muda telah menulis dalam majalah tahunan sekolahnya, "Harapan dan rancangan saya untuk masa depan adalah untuk melayani Tuhan dan melakukan kehendak-Nya sebagai pelayan Injil."

Berdekad-dekad kemudian, Encik Graham telah menyampaikan Injil itu kepada lebih ramai orang secara terus yang menghadiri rapat-rapat umumnya berbanding sesiapapun dalam sejarah - hampir 215 juta orang dalam lebih 185 negara dan wilayah. Dia menghabiskan kebanyakan waktunya kini di rumahnya yang sunyi di pergunungan Montreat, North Carolina, namun begitu pengaruh daripada pelayanannya terus membawa impak kepada berjuta-juta orang melalui penjangkauan berterusan Billy Graham Evangelistic Association.

"Saya bukan pengkhutbah yang hebat, dan saya tidak mengatakan bahawa diri saya seorang pengkhutbah yang hebat," dia pernah berkata. "Saya hanya seorang pengkhutbah biasa, yang cuma menyampaikan Injil dengan cara terbaik yang saya tahu."

"Ianya Semuanya Perbuatan Tuhan"

Rapat Umum Los Angeles pada 1949 yang telah membawa anak peladang menjadi penginjil itu ke perhatian umum pada usia 30 tahun. Pertemuan-pertemuan khemah besar itu yang telah dijadualkan untuk tiga minggu telah berlanjutan sehingga lebih lapan minggu sambil orang ramai terus mengisi penuh khemah kanvas yang besar di tengah bandar itu malam demi malam.

Melalui masa, Tuhan telah mengizinkan Encik Graham untuk terlibat dalam beberapa detik menakjubkan dalam sejarah. Dia telah mengunjungi askar-askar di Vietnam semasa Krismas, telah dijemput di sebalik Tabir Besi sebelum kejatuhan Komunisme, menjadi pastor kepada Presiden-Presiden Amerika, dan pada 1973, telah mengadakan rapat penginjilan terbesarnya di Seoul, Korea Selatan, yang telah menarik kehadiran 3 juta orang.

Tahun 1973 juga merupakan tahun yang diingati bagi Encik Graham di Afrika Selatan, di mana dia enggan untuk mengadakan rapat-rapat umumnya sehinggalah kebaktian-kebaktian itu diintegrasikan (dibenarkan kemasukan untuk semua bangsa) - dan akhirnya diintegrasikan di Durban dan Johannesburg. Dua dekad sebelum itu, dia secara peribadi membukakan tali-tali yang telah memisahkan para hadirin mengikut kaum di Chattanooga, Tennessee.

Dalam 60 tahun lebih yang lepas, BGEA telah mendengar daripada beribu-ribu orang dari sekeliling dunia yang telah dijamah oleh pelayanan Encik Graham. Orang-orang yang telah diselamatkan di rapat-rapat umumnya, orang-orang yang ibu bapa mereka telah memperdalamkan hubungan mereka dengan Kristus melalui mendengarkannya di radio, orang-orang yang telah menontonnya di TV bersama datuk dan nenek mereka  Mereka menghantar surat, memberikan komen secara online dan mengongsikan kisah mereka dengan staf BGEA.

Tetapi Billy Graham dengan cepat mengalihkan perhatian daripada dirinya.

"Jika ada sesuatu yang telah dicapai melalui hidup saya, ianya semuanya adalah perbuatan Tuhan, bukan saya, dan Dia - bukan saya - yang harus diberi penghargaan," dia telah mengatakan.

Lebih Enam Dekad Pelayanan

Pada 1950, BGEA telah diasaskan untuk mendukung dan melanjutkan panggilan penginjilan Encik Graham. Apa yang telah bermula dalam pejabat satu bilik di Minneapolis kini telah menjadi organisasi global yang berrpusat di kampung halamannya di Charlotte.

Pada hari ini, BGEA menggunakan setiap cara berkesan yang ada untuk memberitahu orang lain mengenai Yesus. Itu dilakukan melalui acara langsung seperti Franklin Graham Festivals dan Will Graham Celebrations; melalui pelayanan pastor-pastor Billy Graham Rapid Response Team yan gdihantar ke tempat-tempat bencana; melalui filem-filem My Hope; dan melalui TV, radio dan media sosial. Pelayanan penginilan internet BGEA, Search for Jesus, menjangkau jutaan orang dan memberi pelawat-pelawat online kesempatan untuk pemuridan.

"Kami bersyukur kepada Tuhan atas segala cara Dia telah memimpin Encik Graham dalam 99 tahun yang lepas dan berdoa untuk pimpinan-Nya untuk pelayanan ini untuk tahun-tahunyang seterusnya.

Sebagaimana Encik Graham pernah mengatakan, "Saya hanyalah penonton yang menyaksikan apa yang Tuhan sedang lakukan."

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Charisma News bertajuk, "Happy Birthday, Billy Graham: World Renowned Evangelist Turns 99" yang ditulis oleh Tiffany Jothen bertarikh 7 November 2017)