Oleh: Anne Graham Lotz:
Tetapi Daddy telah menjadi sangat senyap dalam beberapa bulan yang lalu. Ianya seolah-olah selepas bertahun-tahun menyampaikan Injil, dia tidak ada apa lagi untuk ditambah kepada apa yang telah dinyatakannya berulangkali sampai tak terkira banyaknya: "Yesus menjawab, 'Akulah jalan, kebenaran dan hidup.
Tiada seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui-Ku. ... Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan
Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa
melainkan mendapat hidup kekal'" (Yoh 14:6, 3:16, AVB).
Kehidupan dan mesej Billy Graham telah menjadi begitu sebati dengan mesej Injil yang ringkas, sehingga tidak dapat dipisahkan. Doa saya pada hari ini, hari jadinya yang ke-99, adalah agar dalam kesenyapan saya akan mendengar suara saya sendiri bersama dengan suara-suara berdozen ... beratus ... beribu ... berjuta suara-suara lain yang akan mengambil mesej itu dan mengkhabarkannya tanpa kompromi kepada dunia yang sangat-sangat perlu mengetahui pengharapan hidup yang kekal dengan datang kepada Bapa melalui iman di dalam Anak-Nya.
Saya tidak dapat fikirkan cara yang lebih bermakna untuk merayakan hari jadi Daddy daripada berkongsi Injil dengan orang yang lain! Sertailah saya dalam perayaan ini:
Selamat Hari Jadi, Daddy!
Daripada Kami Semua.
Anne Graham Lotz, anak kedua Billy dan Ruth Graham, adalah pengasas AnGel Ministries, dan pengerusi untuk Pasukan Petugas Hari Doa Kebangsaan. Dia telah menulis 15 buku, termasuk yang terbaru, The Daniel Prayer.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Anne Graham Lotz bertajuk, "Happy Birthday, Daddy!" bertarikh 7 November 2017)