Susanna Liew (kiri) dan ASP Supari Muhammad (kanan) pada hari ke-6 siasatan awam Suhakam |
Siasatan Awam Suhakam ke atas kehilangan Pastor Koh dan tiga
orang lagi masuk ke hari keenam (13 Nov 2017).
Panel Suhakam terdiri daripada: Mah Weng Kwai, Aishah Bidin dan Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh.
Panel Suhakam terdiri daripada: Mah Weng Kwai, Aishah Bidin dan Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh.
9.20am: Hari keenam siasatan awam mengenai kehilangan Pastor Koh bersambung dengan ASP Supari Muhammad memberi keterangan sebagai saksi.
9.35am: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Supari, mereka yang terbabit dalam operasi mencari pastor itu akan menjalankan penyelidikan mengenainya dan kawasan itu.
Supari bersetuju yang ia mungkin dilakukan.
Peguam kemudian bertanya Supari berapa banyak rakaman CCTV ada dalam simpanan polis dan dia menjawab tiga.
Supari berkata dua daripada rakaman itu dari rumah di Petaling Jaya dan satu lagi ialah dari lebuh raya sebelum insiden itu berlaku.
9.50am: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Supari jika mereka ada rakaman dari kamera di Jalan Bahagia dan Jalan Majlis selepas penculikan berlaku.
Supari berkata terdapat tiga kamera, dua di bawah kendalian Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan satu lagi polis trafik.
“Saya menulis surat kepada MBPJ meminta rakaman itu tetapi mereka kata tidak ada rakaman kerana kamera itu tidak berfungsi.
“Bagi kamera polis trafik, kami dimaklumkan kamera itu hanya berfungsi jika berlaku kesalahan dan bila ada seseorang melanggar undang-undang. Tetapi, kamera itu tidak berfungsi.”
10.10am: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Supari tentang laluan yang penculik ambil selepas mereka menculik Koh.
Kata Supari, penculik mungkin mengambil mana-mana laluan kerana ada banyak lorong tepi menuju ke Jalan Bahagia dan Jalan Majlis.
10.25am: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Supari tentang rakaman CCTV yang diperolehi di LDP.
Supari berkata rakaman CCTV diambil sebelum Koh diculik kira-kira jam10.20 pagi pada hari Koh hilang.
"Apa yang kami lihat dalam rakaman ialah tiga SUV, sebuah Honda Accord dan tiga Toyota Vios yang bergerak di LDP menuju Puchong. Kesemua kenderaan kelihatan seperti kenderaan di dalam penculikan."
Peguam kemudian bertanya kepada Supari jika dia boleh menghasilkan rakaman CCTV di OPS untuk panel, dan Supari menjawab dia tidak dapat memebrikannya kerana ia salah satu daripada dokumennya.
Peguam bertanya jika Supari mendapat sebarang rakaman lain untuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Supari berkata dia menulis kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan dia diberitahu yang semua kamera tidak berfungsi.
10.45am: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Supari bila kali terakhir mereka mendapat isyarat daripada telefon bimbit Koh.
Supari berkata mereka mendapat isyarat ping daripada telefon bimbit Koh dan sambungan itu dari radius 3km di Taman Mayang.
"Kemudian kami menghantar pegawai ke Taman Mayang dengan harapan akan menemui Koh tetapi kami tidak menemui apa-apa.
"Kami kaji semula kawasan itu dan mendapati yang ia bukan Taman Mayang."
11.00am: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Supari jika Koh keluar dari rumahnya di Prima 16 dan melalui Puncak Damansara untuk ke LDP dan ke Jalan SS4B/10 di mana dia diculik, dan Supari menjawab ya.
Peguam kemudian bertanya kepada Supari jika selepas penculikan, konvoi itu melalui Jalan Bahagia dan Jalan Majlis, kemudian memotong melalui Jalan SS25/23 dan menuju ke Jalan Persiaran Tropicana. Supari menjawab tidak.
Peguam keluarga Koh kemudiannya berkata pihak polis menahan bukti.
"Pihak polis menahan bukti tetapi memberitahu lebih daripada apa yang sebenarnya dikatakan.
Bagaimana kita boleh sahkan apa-apa jika mereka kata semua CCTV rosak?
"Bagaimana anda tahu polis telah memeriksa semua CCTV sekiranya tiada bukti diberikan kepada kami yang polis telah memriksa CCTV itu?
11.20am: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Supari tentang CCTV di sekitar kawasan Petaling Jaya yang berada di bawah bidang kuasa MBPJ dan sama ada ia dipautkan dengan IPD Petaling Jaya.
Supari bersetuju yang kamera MBPJ dipautkan kepada IPD dan ada pegawai yang menonton siaran langsung.
Peguam kemudian menyoal Supari jika IPD ada sebarang rakaman daripada pautan yang mereka terima daripada kamera MBPJ.
Supari berkata mereka hanya boleh menonton tetapi tidak boleh merakam.
"Semua rakaman dibuat oleh MBPJ dan kami tidak buat sebarang rakaman."
Peguam kemudian bertanya apakah polis tahu sekiranya kamera MBPJ rosak, dan Supari mejawab ya.
11.25am: Panel berhenti rehat 10 minit.
Isteri Ps Koh, Susanna dan dua anaknya, Elizabeth Koh (kiri) dan Esther Koh (kanan) |
11.40am: Peguam keluarga Koh bertanya Supari, untuk menentang jenayah bukankah sepatutnya semua CCTV berfungsi dalam keadaan yang baik.
Mereka juga bertanya sekiranya CCTV MBPJ tidak berfungsi, adakah mereka akan memaklumkannya kepada MBPJ.
Supari berkata mereka telah memberitahu MBPJ tentang kamera yang rosak.
"Kami menulis kepada MBPJ mengenainya dan mereka menjawab kos penyelenggaraan adalah tinggi, jadi sebab itulah kamera itu rosak."
12.05pm: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Supari tentang kenyataan yang dibuat bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar mengenai Koh dan dua individu lain memurtadkan orang di Perlis.
Peguam berkata Khalid mengatakan laporan itu petunjuk dalam kes Koh.
"Khalid perlu diberi taklimat membuat kenyataan. Adakah kamu memberinya? Siapa yang beri taklimat kepada bekas KPN?"
Supari berkata dia tidak memberi taklimat kepada kepada Khalid, tetapi kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmad.
"Saya beri taklimat kepada Fadzil dan dialah yang beri taklimat kepada Khalid. Saya tidak berurusan secara langsung dengan KPN (Khalid).
12.12pm: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Supari tentang laporan polis yang dibuat oleh remaja-remaja di Perlis terhadap Koh yang mendakwa pastor itu cuba memurtadkan mereka.
Supari berkata mereka tidak pernah membuat sebarang laporan polis.
"Kami hanya mengambil kenyataan daripada remaja terbabit. Sebuah organisasi bukan kerajaan yang membuat laporan polis."
12.25pm: Peguam keluarga Koh menanyakan Supari adakah dia menganggap kemungkinan laporan mengataka Koh memurtadkan orang adalah "Red Herring".
"Sudah berbulan Koh hilang tetapi polis hanya fokus kepada sama ada Koh terlibat dalam kegiatan murtad.
"Susanna dan anaknya Jonathan juga ditanya tentang kegiatan murtad Koh.
"Adakah ini untuk mengalih perhatian awam yang kenyataannya diculik oleh pihak berkuasa?"
Supari berkata dia tidak anggap persoalan kegiatan murtad Koh sebagai cubaan untuk mengalih perhatian.
12.35pm: Peguam keluarga Koh kemudian bertanya kepada Supari jika ada "pihak" yang kecewa apabila ada golongan Islam sederhana menyertai upacara nyalaan lilin.
Supari berkata ia ada kemungkinan.
Kemudian peguam bertanya kepada Supari jika dia percaya ada pihak di luar sana yang mahu mengubah sentimen Islam sederhana, dan dia menjawab ada kemungkinan.
12.40pm: Panel Suhakam berhenti rehat sejam untuk makan tengahari.
1.50pm: Peguam keluarga Koh bertanya Supari tentang komen Khalid semasa sidang akhbar mengatakan terdapat sekumpulan pelampau agama.
Khalid berkata polis sedang mencari kemungkinan hubungan antara penculikan Koh dengan aktiviti pelampau agama.
"Adakah terdapat sekumpulan pelampau agama? Adakah mereka dari golongan pemikir dari golongan Islam sederhana?"
Mungkin, kata Supari. Dia juga bersetuju yang ia relevan supaya kumpulan itu disiasat.
2.15pm: Peguam keluarga Koh berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom di Parlimen telah berkata yang ideologi Wahabi-Salafisme tidak sesuai untuk Malaysia.
Peguam kemudiannya bertanya kepada Supari, mungkinkah kumpulan pelampau agama yang dikatakan Khalid mengikut fahaman Wahabi dan Salafisme, dan Supari menjawab ya.
Kemudian peguam bertanya jika Supari tahu mengenai pendakwah Islam kontroversi, Zakir Naik yang dikehendaki kerana ada hubungan dengan pengganas dan Perkasa melindunginya.
Peguam bertanya kepada Supari adakah Perkasa sudah disiasat.
Supari berkata mereka masih belum mula menyiasat Perkasa. Dia juga bersetuju dengan peguam yang Perkasa relevan dengan kes.
2.35pm: Panel berehat 10 minit.
Pesuruhjaya Suhakam Mah Weng Kwai dan Dr Nik Salida Nik Salleh di hari keenam siasatan awam Suhakam |
2.55pm: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Supari jika dia menyiasat kemungkinan kumpulan yang ada kaitan dengan Zakir Naik terlibat dalam kes Koh.
"Saya di dalam jabatan siasatan jenayah dan menerima arahan dari ketua saya. Kami akan siasat sekiranya terima sebarang maklumat.
"Saya setuju (mereka yang berfahaman pelampau harus disiasat).
Peguam kemudiannya bertanya jika Supari tahu ada polis yang percaya kepada pemikiran Wahabi-Salafisme, dan dia menjawab mungkin.
3.23pm: Peguam keluarga Koh berkata DSP Awaludin Jadid dalam satu seminar di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak pada Oktober, 2016 telah berkata, terdapat 300 hingga 500 orang murtad di negara ini.
Peguam berkata dia (Awaludin) menggesa organisasi bukan kerajaan untuk merumus dan merancang tindakan bagi mengehntikan pergerakan Kristianisasi di Malaysia.
"Awaludin dipetik berkata lebih baik mereka bincangkan pelan tindakan tentang isu mereka."
Supari berkata dia kenal Awaludin tetapi belum pernah berjumpa.
Peguam kemudian bertanya jika Supari telah menyiasat awaludindan pasukan polisnya berkaitan kes Koh, dan dia menjawab belum.
Peguam juga bertanya kepada Supari jika ada unit polis yang mempunyai fahaman itu (pelampau Islam), dan dia menjawab tidak pasti.
3.55pm: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Supari jika dia menyedari tentang senarai barangan yang dirampas daripada serbuan di rumah suspek di Kampung Weng Dalam.
Suspek dipercayai terlibat dalam pemerdagangan manusia dan penyeludupan dadah di Utara yang ditembak mati oleh polis.
Peguam berkata Khalid membuat kenyataan mengatakan polis menjumpai nombor pendaftaran kereta Koh, gambar-gambar Koh dan rumahnya di Prima 16 ketika serbuan itu.
Peguam kemudiann bertanya kepada Supari siapa yang memebri taklimat tentang kes itu kepada Khalid, dan Supari menjawab dia tidak tahu.
4.20pm: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Supari apakah bukti yang diterimanya untuk pegawai penyiasat di Kedah, ASP Toh selepas mereka menyerbu rumah di Kampung Weng Dalam.
Supari berkata dia menerima gambar-gambar Koh, kereta, dan rumahnya serta dua set nombor pendaftaran iaitu WMS 5168 dan BNW 217.
Peguam kemudian berkata, Khalid mengatakan mereka menemui nombor pendaftaran kereta Koh, dan Supari menjelaskan yang ia hanya gambar nombor pendaftaran.
4.35pm: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Supari apa yang terjadi kepada suspek-suspek yang ditangkap di Kuala Kangsar, kuantan dan Kota Baharu.
Peguam berkata, menurut Khalid mereka telah menangkap tiga anggota kumpulan pemerdagangan manusia dan penyeludup dadah serta isteri kepada suspek yang ditembak mati.
"Khalid kata semua suspek dibawa ke Kuala Lumpur."
Supari berkata Khalid silap dan isteri suspek yang ditembak mati tidak ditangkap.
"Tiga suspek adalah Melayu dan yang keempat adalah lelaki India yang ditangkap di Subang Jaya."
Kemudian peguam bertanya jika pendiriannya berbeza dengan Khalid, dan dia menjawab ya.
Supari berkata keempat-empat suspek ditahan reman 13 hari dan kemudian dibebaskan.
"Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAc Fadzil Ahmat berkata kes itu adalah 'NFA' (no further action)".
Peguam kemudian bertanya kepada Supari mengapa Khalid mengatakan kumpulan ini terlibat dengan penculikan Koh, dan Supari menjawab dia tidak tahu.
4.50pm: Peguam keluarga Koh bertanya kepada Supari jika kempat-empat suspek adalah pelampau agama, dan dia menjawab tidak.
Supari berkata keempat-empat suspek dan isteri kepada suspek yang ditembak mati tiada kaitan dengan kes Koh.
Peguam bertanya jika ada kumpulan lain yang dimaksudkan Khalid dalam kenyataan akhbarnya, dan
Supari menjawab ya, ada kemungkinan.
Kemudian peguam bertanya tentang penglibatan aktivis dan bekas ahli majlis Petaling Jaya Peter Chong dalam kes Koh. Supari berkata ia tiada kaitan.
Kata Supari, mereka telah menyiasat dakwaan Peter ke Thailand selepas menerima panggilan mengatakan terdapat maklumat mengenai Koh.
"Chong kata dia diculik tetapi tidak dapat kenal pasti penculiknya. Kami dapati dia tiada kaitan dengan kes ini."\
5.05pm: Siasatan Suhakam berakhir dan akan bersambung esok dengan memanggil bekas ahli majlis Petaling Jaya Peter Chong dan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebagai saksi.
(Sumber: Artikel The Malaysian Insight bertajuk, "Langsung: Hari Keenam Siasatan Suhakam Kehilangan Pastor, Aktivis" yang ditulis oleh Noel Achariam bertarikh 13 Nov 2017)