MIRI: Dianggarkan seramai 45,000 orang membanjiri Dataran Kipas Miri untuk menyaksikan majlis perasmian Perarakan Hari Krismas pada malam ini.
Cuaca hujan tidak sama sekali mematahkan semangat peserta dan pengunjung untuk datang awal sejak dari jam 6 petang tadi.
Perarakan yang melibatkan 20 gereja sekitar Miri akan dilepaskan pada jam 9 malam oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Aktiviti mendapat penyertaan begitu menggalakkan dan merupakan perarakan terbesar tahun ini setelah 10 tahun dianjurkan sempena perayaan Hari Krismas.