Datuk Amar Douglas Uggah (enam dari kiri) dan tetamu undangan di acara itu semalam |
KUCHING: Sehingga 10,000 orang dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia sedang menghadiri Gempuru Besai Iban Ke-20 2017 di Borneo Convention Center Kuching (BCCK) yang telah bermula semalam.
Bertemakan, "Datanglah Kerajaan-Mu: Matius 6:10", persidangan empat hari itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas malam tadi.
Acara itu juga akan mengadakan program "Rapat Umum Mukjizat" bermula malam ini dan Sabtu, dari 7 malam ke 10 malam.
Rapat umum sebelah malam itu bertemakan, "Yang Tempang Berjalan; Yang Buta Melihat; Yang Tuli Mendengar".
Ucapan atau khutbah semasa rapat umum akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Iban.
Ketika dihubungi semalam, penasihat kepada jawatankuasa penganjur acara tahun ini, Janang Bungsu, menggambarkan rapat umum itu sebagai wadah untuk kesatuan Kristian kerana para hadirin dari pelbagai denominasi datang dari seluruh negara.
"Di mana ada kesatuan, ada kuasa dalam alam rohani dan dengan itu, berkat akan mengalir seperti tertulis dalam Mazmur 133, ayat 1 sampai 3," kata Janang, yang adalah timbalan presiden Persatuan Kristian Bahasa Iban Sarawak.
(Diterjemah daripada artikel Borneo Post bertajuk, "Up To 10,000 Attend 20th Gempuru Besai Iban Gathering" bertarikh 8 Disember 2017)