Isnin, 15 Januari 2018

15 Kutipan Kata Mengkagumkan Daripada Martin Luther King Jr


Hari ini kita merayakan dan memperingati kehidupan Martin Luther King Jr. Hanya 50 tahun yang lalu, King telah dibunuh kerana mengatakan kebenaran kepada dunia yang takut dan menentang dan kerana berjuang untuk cahaya dalam kegelapan. Pastor Baptis itu telah memimpin pergerakan Hak Sivil (Hak Saksama) dari pertengahan 1950an sampai ke hari dia telah dibunuh pada 4 April 1968. 

Dia berjuang bukan dengan keganasan, tetapi dengan perkataan. Dia telah menginspirasikan sebuah negara dan legasinya berterusan. Berikut adalah 15 petikan kata yang mengubah halatuju dan menggugah kalbu untuk menginspirasikan anda hari ini.

1. "Kegelapan tidak dapat mengusir kegelapan: hanya cahaya yang dapat melakukan itu. Kebencian tidak dapat mengusir kebencian. Hanya kasih dapat melakukan itu."

2. "Saya telah mengambil keputusan untuk berpegang terus pada kasih... Kebencian adalah beban yang terlalu berat untuk ditanggung."

3. "Iman adalah mengambil langkah pertama walaupun tidak melihat seluruh tangganya."


4. "Hidup kita mula berakhir ketika kita berdiam mengenai perkara-perkara yang benar-benar penting."

5. "Pada akhirnya, kita akan mengingati bukan kata-kata musuh kita, tetapi kebisuan sahabat-sahabat kita."

6. "Jika anda tidak dapat terbang, berlarilah. Jika anda tidak dapat berlari, berjalanlah. Jika anda tidak dapat berjalan, merangkaklah, tetapi apapun yang anda lakukan, anda perlu terus maju ke hadapan. 


7. "Jangan biarkan sesiapapun menjadikan engkau begitu hina dengan membencinya."

8. "Hanya dalam kegelapan. engkau dapat melihat bintang-bintang."

9. "Akan tiba waktunya bila seseorang mesti mengambil pendirian yang tidak selamat, tidak politik, dan tidak popular, tetapi dia mesti mengambil pendirian itu kerana suara hati nuraninya memberitahu kepadanya bahawa itu adalah benar."


10. "Ukuran mutlak seseorang manusia bukanlah pendiriannya pada waktu senang dan selesa, tetapi pendiriannya pada waktu cabaran dan kontroversi."

11. "Kecerdikan dan karakter - itulah matlamat pendidikan yang sebenarnya."

12. Kita mesti memahami bahawa penghujung yang kita cari adalah masyarakat yang memiliki damai dalam dirinya, masyarakat yang dapat hidup dengan suara hati nuraninya.


13. "Seorang manusia yang tidak rela mati untuk sesuatu perkara, tidak layak untuk hidup." 

14. "Pengampunan bukanlah tindakan sekali-sekala, ianya adalah sikap yang berterusan." 

15. "Tiada orang yang benar-benar tahu kenapa mereka hidup sehingga mereka tahu untuk apa mereka rela mati."

Hari Martin Luther King Jr dirayakan sebagai hari cuti persekutuan di Amerika Syarikat pada Isnin ketiga setiap Januari, iaitu berhampiran hari jadinya, 15 Januari. 

(Diterjemah daripada artikel Church Leaders bertajuk "15 Incredible Quotes From Martin Luther King Jr," yang ditulis oleh Esther Laurie bertarikh 14 Januari 2018)