Selepas menghadapi pertuduhan memeras ugut, Mac tahun lalu,
Lam Chang Nam kini menghadapi pertuduhan penculikan.
Bekas pemandu Uber sambilan Lam Chang Nam, 31, didakwa di
Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam atas tuduhan menculik paderi Raymond
Koh.
Menurut kertas pertuduhan, pendakwa raya menuduh Lam,
bersama tujuh orang lagi yang masih bebas, melakukan perbuatan itu di Petaling
Jaya kira-kira jam 10.25 pagi pada 13 Februari tahun lalu.
Sekiranya didapati bersalah, Lam boleh dipenjara sehingga
tujuh tahun dan didenda.
Lam didakwa pada Mac tahun lalu kerana cuba memeras ugut
wang tunai RM30,000 dari keluarga Koh, yang diberitahu bahawa beliau boleh
membebaskan paderi itu.
Baca juga: Lebih Banyak Persoalan Mengenai Kehilangan Koh Selepas Suspek Didakwa
Baca juga: Lebih Banyak Persoalan Mengenai Kehilangan Koh Selepas Suspek Didakwa
(Diambil daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Bekas Pemandu Uber Didakwa Culik Paderi Koh" bertarikh 16 Januari 2018)