Isnin, 15 Januari 2018

Kebanyakan Gereja Gunakan Facebook, Elak Twitter: LifeWay


Manakala kebanyakan gereja menggunakan Facebook untuk berinteraksi dengan jemaat dan untuk menjangkau orang luar, hanya sedikit gereja yang selesa menggunakan Twitter, menurut kajian baru oleh LifeWay Research.

Berkenaan media sosial, gereja-gereja kemungkinan paling besar akan menggunakan Facebook, menurut bancian ke atas pastor-pastor Protestan yang senior, yang mendapati bahawa 84 peratus gereja-gereja memiliki laman web dan 84 peratus juga memiliki laman Facebook. 

Bagaimanapun, hanya 16 peratus daripada gereja-gereja yang menggunakan Twitter, dan 13 peratus menggunakan Instagram. 

Pada 2010, 47 peratus gereja-gereja Protestan memiliki laman Facebook. 

Di kalangan gereja-gereja yang menggunakan media sosial, 97 peratus menggunakannya untuk memaklumkan orang ramai mengenai acara yang akan datang, menurut bancian itu. Ianya menyatakan lagi bahawa 87 peratus menggunakannya untuk berinteraksi dengan jemaat, manakala 86 peratus menggunakannya untuk berinteraksi dengan orang luar. Dan 84 peratus menggunakan media sosial untuk merakam kenangan aktiviti gereja, manakala 68 peratus menggunakan media sosial untuk membantu jemaatnya berinteraksi. 

70 Peratus Gereja-Gereja Kecil Juga Miliki Laman Facebook

Bancian itu menunjukkan lagi bahawa 70 peratus gereja-gereja yang walaupun kecil dengan kurang daripada 50 anggota adalah kemungkinan memiliki laman Facebook, dan bahawa 39 peratus daripada gereja-gereja yang lebih besar dengan kehadiran 250 orang atau lebih, akan lebih kemungkinan menggunakan Twitter juga.

Secara keseluruhan, gereja-gereja terbuka kepada penggunaan teknologi, dan 68 peratus menyediakan Wi-Fi untuk kedua-dua tetamu dan kakitangan gereja, menurut kajian itu.

"Tidak lama dahulu, penggunaan teknologi oleh gereja-gereja sering terhad kepada laman web yang berfungsi seperti Yellow Pages atau papan maklumat," kata Scott MacConell, pengarah eksekutif LifeWay Research. "Kini mereka melihat teknolgi sebagai cara untuk berinteraksi dengan orang. Wi-Fi adalah hanya salah satu cara untuk melakukannya."

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel The Christian Post bertajuk, "Most Churches Use Facebook, Avoid Twitter; Small Churches Wary of Online Giving: LifeWay" yang ditulis oleh Anugrah Kumar bertarikh 14 Januari 2018)