Pegawai polis meneliti bom petrol yang dibaling ke gereja di Kota Bharu (Foto: The Sun Daily) |
KOTA BHARU 7 Jan. - Beberapa keping cermin bangunan yang
menempatkan sebuah gereja dan kuil di Jalan Hamzah, di sini pecah selepas
dilontar objek keras dipercayai bom petrol oleh seorang lelaki, tengah malam
tadi.
Kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu disedari paderi
gereja , Goo Siew Lai , 42, yang terdengar bunyi cermin pecah ketika beliau
sedang membaca buku di tingkat dua gereja terbabit.
Menurut Siew Lai, beliau bergegas meninjau keluar tingkap
dan ternampak seorang lelaki sedang membaling sesuatu objek ke arah cermin
gereja beberapa kali.
“Selepas itu, dia cepat-cepat beredar dengan menaiki sebuah
kereta jenis Nissan Lavina berwarna putih.
“Semasa mahu membuat pusingan, kereta terbabit terlanggar
sebuah motosikal ditunggang dua pemuda namun pemandunya tidak berhenti,
sebaliknya memecut laju meninggalkan lokasi,” katanya kepada pemberita hari
ini.
Objek dipercayai bom petrol dilontar seorang lelaki di bangunan gereja dan kuil di Jalan Hamzah, Kota Bharu (Foto: Utusan Online) |
“Kerugian dianggarkan RM3,000 dan ini merupakan
kejadian kedua berlaku dalam masa seminggu. Kejadian hampir sama berlaku pada 3
Januari lalu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu hari ini.
(Diambil daripada artikel Utusan Online bertajuk, "Cermin Gereja, Kuil Pecah Dilontar Bom Petrol" yang ditulis oleh Zaain Zin bertarikh 7 Januari 2018)
(Diambil daripada artikel Utusan Online bertajuk, "Cermin Gereja, Kuil Pecah Dilontar Bom Petrol" yang ditulis oleh Zaain Zin bertarikh 7 Januari 2018)