Selasa, 2 Januari 2018

Malaysia Pengguna No.1 Di WhatsApp Untuk Berkongsi dan Berbincang Berita


Rakyat Malaysia adalah pengguna No.1 di WhatsApp secara global dalam berkongsi dan berbincang berita diikuti oleh Brazil dan Chile, menurut Digital News Report 2017.

Lebih separuh daripada yang disoal-selidik di Malaysia (51%) memberitahu Institut Pengajian Kewartawanan Reuters di Oxford University bahawa mereka telah menggunakan aplikasi itu untuk berkongsi dan berbincang berita dalam seminggu berbanding dengan cuma 3% di Amerika Syarikat.

Laporan itu menunjukkan bahawa 39% pengguna-pengguna berita di Malaysia kadang-kadang atau sering mengelakkan dari berita dan alasan yang telah diberi adalah untuk mengelak "keadaan yang negatif."

Ianya juga mendedahkan bahawa hanya 29% pengguna-pengguna berita di Malaysia yang menyakini media dan untuk negara-negara lain di dunia, keyakinan kepada media adalah berbeza dengan Finland yang tertinggi pada 62% dan Korea Selatan paling rendah pada 23%.

Melalui laporan itu, 67% daripada berita yang diperolehi oleh rakyat Malaysia adalah dari media sosial, 54% dari televisyen, 45% dari media cetak dan 15% berita didapati daripada radio.

Gajet yang paling sering digunakan untuk penggunaan berita di negara ini adalah telefon pintar (65%), komputer (45%) dan tablet (18%).

Sementara itu media sosial dan aplikasi menghantar mesej yang paling banyak digunakan untuk berita oleh rakyat Malaysia adalah Facebook (58%), WhatsApp (51%), YouTube (26%), WeChat (13%) dan Instagram (13%).

Kajian itu telah dijalankan secara online di antara Januari dan awal Februari 2017 dan menyelidik 70,000 pengguna berita di 36 negara. Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Hong Kong, Singapura dan Perancis adalah di antara 36 negara yang dikaji itu.

(Diterjemah daripada artikel The Malaysian Insight bertajuk, "Malaysians Top WhatsApp News Consumers" bertarikh 11 September 2017)