Pesuruhjaya Suhakam, Mah Weng Kwai |
POLIS tidak pernah mengarahkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (Suhakam) menghentikan siasatan kes penculikan Pastor Koh, tetapi ia
dibuat atas prinsip undang-undang, kata pesuruhjaya Mah Weng Kwai.
Mah berkata, polis hanya memberitahu Suhakam orang yang
didakwa di mahkamah dan merujuk mereka kepada Perkara 12
(3) Akta Suhakam 1999.
Akta itu menyatakan semasa siasatan dijalankan mengenai pelanggaran hak asasi kemanusiaan seseorang individu, jika perkara itu menjadi perkara yang didakwa dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah,
suruhanjaya hendaklah berhenti dengan serta-merta daripada melakukan siasatan
itu.
“Surat daripada polis menyatakan orang itu telah didakwa di
mahkamah dan merujuk kami dengan Perkara 12 Akta itu.
“Panel diadakan pagi semalam dan setelah mendengar
pembentangan peguam dalam siasatan itu, kami membuat keputusan untuk
menghentikan siasatan itu,” katanya dalam sidang media di pejabat Suhakam hari
ini.
Pada Isnin lalu, Suhakam memutuskan untuk menarik balik
pendengaran selepas mendapati suspek telah didakwa menculik Koh.
Semalam, Mah, yang mengetuai siasatan itu telah memberitahu
pendengaran awam yang suruhanjaya itu telah menerima surat bahawa polis telah
menahan suspek penculikan Koh pada 12 januari.
Pemandu sambilan, Lam Chang Nam dari Taman Sri Ampang, Ipoh
telah ditahan dan di dakwa atas kesalahan menculik di mahkamah Petaling
Jaya.
Dakwaan terhadap Lam diletak di bawah seksyen 365 Kanun
Keseksaan kerana menculik.
Sementara itu, pengerusi Suhakam Razali Ismail berkata polis
mengambil langkah yang perlu dan tidak pernak meminta panel menghentikan
siasatan.
Selain Mah, dua lagi panel pesuruhjaya terlibat adalah Aishah Bidin dan Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleha.
Suspek Lam Chang Nam ditahan polis atas tuduhan menculik Pastor Koh |
“Kami dah mulakan langkah (untuk menghentikan siasatan)
mengikut undang-undang.
“Kami telah balas surat mereka dan kami mahu tahu lebih
lanjut mengenai pertuduhan (terhadap Lam) itu,” katanya.
Mah turut berkata yang Suhakam akan melantik pemerhati
apabila kes Lam bermula di mahkamah.
Bila disoal jika mengenai siasatan Koh akan diteruskan
selepas prosiding mahkamah, Mah menjawab yang ianya bergantung pada kes itu
selepas selesai.
“Kami kena lihat pada prosiding. Ada dua perkara perlu
dilihat. Jika ada rayuan, maka ia akan ambil masa dan sama ada ia diputuskan
secara muktamad oleh mahkamah.
“Badan kehakiman menyatakan kes-kes mesti diselesaikan dalam
tempoh sembilan bulan, dan lebih awal jika ia adalah kes jenayah. Tetapi,
dengan (adanya) rayuan, susah untuk kata berapa lama ia akan makan masa kecuali
mahkamah mempercepatkan kes itu atas kepentingan awam,” katanya.
Mah turut menyanggah laporan berita yang mengatakan Suhakam
mengikut arahan polis sebagai tidak benar.
“Itu tak pernah jadi konteks prosiding. Semua yang kami ada
adalah surat yang memberitahu kami mengenai penangkapan dan dakwaan orang itu
(Lam).
“Akta menyatakan adalah wajib untuk menghentikan siasatan.
Jika tidak, kami akan melanggar (undang-undang),” katanya.
Kata Mah, panel itu 100% bebas dan tiada sesiapa yang boleh
mengarah mereka.
“Kalau ada cerita-cerita yang keluar kepada orang awam (yang
kami mengikut arahan polis) ia sama sekali berlawanan dengan apa yang kami dah
buat selama ini. Yang kami ini nampak garang tapi lembik. Kalau polis suruh
lompat, kami lompat. Jangan anggap kami begitu,” katanya.
Panel Suhakam bertujuan untuk menentukan sama ada penculikan
Koh, serta kehilangan tiga orang lagi pada tahun 2016, adalah kes-kes
kehilangan paksa yang dijalankan oleh kerajaan.
Selain Mah, dua lagi panel pesuruhjaya terlibat adalah Aishah Bidin dan Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleha.
(Diambil daripada artikel The Malaysian Insight bertajuk, "Polis Tak Pernah Arah Suhakam Hentikan Siasatan Penculikan Pastor Koh" yang ditulis oleh Noel Achariam bertarikh 17 Januari 2018)