Selasa, 9 Januari 2018

Reverend Tidak Gelisah Oleh Serangan

Gereja Cina Methodist Kota Bharu
(Foto: Malaysiakini)

KOTA BHARU: Rev Goo Siew Lai dari Gereja Cina Methodist Kota Bharu tidak akan tergugat oleh serangan-serangan yang telah membawa kerosakan kepada gerejanya. 

Dia berkata bahawa dia akan terus tinggal di situ dengan isterinya dan dua orang anaknya selepas suspek-suspek yang tidak dikenali membaling objek-objek ke gerejanya dan sebuah kuil di sini. 

"Gereja ini sudah wujud di sini selama 40 tahun. Kami tak pernah menghadapi serangan seperti ini dahulu," katanya semalam.

Rev Goo, 42, berkata dia dan isterinya, Ong Bee Hoi tidak akan memberikan reaksi takut kerana mereka telah mendapat damai di hati. 

Reverend Goo Siew Lai
(dari video Astro Awani)

Dia sedang memberi respon kepada insiden malam Sabtu di mana seorang lelaki dilihat membaling objek-objek keras ke arah gereja itu dan Kuil Arulmigu Siva Subramaniyar yang berdekatan, sehingga memecahkan cermin-cermin.

Timbalan presiden Hindu Maha Sabha Kelantan B. Jayabalan berkata ini adalah kali pertama benda-benda dibaling ke kuil itu. 

Timbalan presiden Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Ng Chok Sin berkata pelakunya tidak harus dibiarkan terlepas. 

"Walaupun kita bersyukur tidak ada kecederaan yang dilaporkan, biro kami bimbang bahawa objek itu boleh mencederakan orang atau menyebabkan kematian," dia berkata dalam satu kenyataan.


(Dipetik dan diterjemah daripada artikel The Star Online bertajuk, "Reverend Unfazed By Attacks" yang ditulis oleh Sira Habibu bertarikh 9 Januari 2018)