Ahad, 21 Januari 2018

"The 15:17 To Paris" Filem Mengenai 3 Pemuda Amerika Yang Selamatkan Tren Dari Serangan Pengganas


Filem baru pengarah filem Clint Eastwood "The 15:17 to Paris" menceritakan kisah benar tiga warga berani Amerika dengan tindakan cepat mereka yang telah menjadikan mereka wira dalam perjalanan tren laju merentasi Eropah pada 21 Ogos 2015.

Anak-anak muda itu telah menggagalkan serangan pengganas. Tiga wira itu adalah Anthony Sadler, National Guardsman Alek Skarlatos, dan anggota tentera udara Amerika Spencer Stone. Dan mereka melakonkan peranan mereka sendiri dalam filem Eastwood itu.

Filem itu akan mula ditayangkan mulai 9 Februari 2018. Dan CBN News telah mendapat tontonan eksklusif treler terbaru filem dari Warner Brothers, yang memaparkan iman tiga sahabat baik itu.


Filem itu berdasarkan buku yang ditulis oleh pemuda-pemuda itu. Dan ianya juga menceritakan kisah persahabatan mereka, zaman kanak-kanak mereka dan apa yang terjadi semasa lawatan Eropah mereka yang telah membawa mereka kepada perhatian dunia.   

Mereka bertiga tiada pengalaman berlakon secara profesional sebelum mengambil peranan dalam filem itu. Tetapi berikutan insiden itu, Alek Skarlatos telah berjaya memasuki peringkat akhir, "Dancing With the Stars."

Studio 5 CBN News akan menemuramah Sadler, Skarlatos dan Stone menjelang pelancaran filem itu pada Februari.

Treler Rasmi Filem "The 15:17 To Paris"


(Diterjemah daripada artikel CBN News bertajuk, "An Exclusive Sneak Peek at the 15:17 to Paris: The Faith of3 American Heroes Who Saved the Day" yang ditulis oleh Efrem Graham bertarikh 19 Januari 2018)