Ahad, 21 Januari 2018

Tiga Pemuda Amerika Selamatkan Kereta Api Ke Paris Dari Serangan Seorang Pengganas

Dari kiri: Spencer Stone, Alek Skarlatos dan Anthony Sadler

Pada musim panas 2015, tiga sahabat dari Amerika Syarikat telah menjelajah ke Eropah sebagai pelancong biasa. Kini dunia mengenali mereka sebagai wira.

Anthony Sadler, Alek Skarlatos, dan Spencer Stone telah menaiki sebuah kereta api dari Brussels ke Paris pada 21 Ogos 2015.

Seorang pengganas ISIS bernama Ayoub El-Khazzani juga telah menaiki kereta api itu. Khazzani diperlengkapi dengan senjata berat sebilah senapang AK-47, sebuah pistol, dan sebilah pisau kotak, dan secukup peluru untuk membunuh setiap orang di atas kereta api.

Bagaimanapun, ketika Khazzani memulakan serangannya, dia telah berlari terus ke arah tiga warga Amerika itu, yang terus bertindak, membahayakan nyawa mereka untuk menghalang dan menghentikan Khazzani. Dengan itu mereka telah menyelamatkan ratusan nyawa.

Menurut pelbagai laporan media, ketiga-tiga anak muda itu adalah orang Kristian.

Pelajar kolej Anthony Sadler, anggota tentera udara Spencer Stone dan National Guardsman Alek Skarlatos telah dianugerahkan pingat Legion of Honor di Paris, iaitu penghormatan tertinggi di Perancis. Tiga warga Amerika itu dan seorang warga Britain telah menerima pujian kerana menguasai seorang pengganas yang diperlengkapi senjata berat di atas kereta api penumpang di Belgium

Dari kiri: Presiden Perancis Francois Hollande, U. S. National Guardsman Alek Skarlatos,
Duta Besar Amerika ke Perancis Jane Hartley, paramedik tentera udara Spencer Stone,
dan pelajar kolej Anthony Sadler (Foto: Associated Press)

"Mereka semuanya Kristian; mereka sangat kuat beragama," kata Peter Skarlatos, abang Alek memberitahu The Sacramento Bee.

Ayah Sadler, Anthony Sadler Sr., adalah seorang pastor Baptis di Sacramento, California. Menurut The Gospel Herald, tiga lelaki itu yang merupakan sahabat dari kecil telah bersekolah bersama di Freedom Christian School, California.

Associated Press melaporkan bahawa semasa peristiwa menggerunkan di atas tren menuju ke Paris itu, Stone telah ditikam beberapa kali di bahagian belakangnya dan juga telah mengalami kecederaan lain. Pistol juga telah diajukan ke kepalanya. Penyerang itu telah memetik picu pistol dua kali.

"Klik kedengaran dua kali tetapi tembakan tidak terlepas," kata Joyce Eskel, emak Stone.

"Kami percaya bahawa kehendak Tuhan untuk melindungi telah terjadi," kata Anthony Sadler Sr. "Saya bersyukur bahawa mereka ada di situ dan mengambil tindakan." 

Sadler berkata anaknya mengasihi kawan-kawannya.

"Tiada mungkin dia berdiri di tepi dan melihat mereka diserang," katanya. "Saya bersyukur kepada Tuhan bahawa mereka tidak mengalami kecederaan serius."



(Dipetik dan diterjemah daripada artikel-artikel CBN News bertajuk, "A Terrorist, A Train and Three American Heroes" bertarikh 26 Ogos 2016 dan "American Heroes in Paris Were 'Strong Christians'" bertarikh 4 September 2015)