Sabtu, 3 Mac 2018

Pendirian KM Sarawak Bukan Isu Islam Lawan Kristian, Kata Pemimpin Pakatan


PAKATAN Harapan memuji ketua menteri Sarawak berhubung janjinya untuk meminda undang-undang syariah negeri bagi memudahkan laluan untuk menukar agama keluar daripada Islam.

Menurut mereka, pendirian Abang Johari itu adalah "jelas bukan isu Islam lawan Kristian, tetapi semata-mata menghormati hak kebebasan beragama rakyat".

Pengerusi pakatan negeri, Chong Chieng Jen, pengerusi Amanah negeri Fidzun Zaidi dan pengerusi PKR negeri Baru Bian dalam satu kenyataan bersama berkata janji ketua menteri untuk meminda undang-undang itu "konsisten dengan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan."

Abang Johari menyatakan akan membuat pindaan kepada undang-undang agama negeri supaya urusan untuk mana-mana individu menukar agama "tidak tergantung".

Pemimpin PH menyambut baik tindakan Abang Johari, berikutan kenyataan mereka semalam yang menggesa kerajaan untuk meminda undang-undang bagi menetapkan prosedur yang jelas terhadap mereka yang ingin keluar daripada Islam berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa.

Dalam pada itu, mereka turut meminta rakyat Sarawak untuk bersatu dalam pendirian berhubung perkara itu.

"Kenyataan ketua menteri yang tenang dan rasional itu jelas menunjukkan beliau memahami isu berkenaan dan tiada agenda Kristian. 

"Kami (rakyat Sarawak) semata-mata melindungi hak yang diperjuangkan oleh nenek moyang kami."

Pemimpin Pakatan itu berkata, mereka berharap "golongan ekstremis" yang membuat tuduhan dan pembohongan mengenai peranan Baru Bian pada pendegaran Selasa lalu dan pendirian Pakatan berhubung perkara itu untuk "berhenti dan fikirkan tindakan dan kata-kata mereka."

Segelintir umat Islam menggunakan media sosial untuk melabel Baru sebagai "anti islam" dan gesaan pembangkang kepada kerajaan untuk meminda undang-undang berkenaan hanya akan membuka laluan untuk keluar daripada Islam. 

"Kami diingatkan dengan pendirian bekas ketua menteri Adenan Satem berhubung perkara ini, kerana beliau sudah katakan di banyak acara bahawa kerajaan negeri akan melindungi hak kebebasan beragama untuk masyarakat negeri ini yang berbilang kaum."

Ketika pentadbiran Adenan sebelum ini, beliau juga berkata selepas kes Rooney Rebit - yang merupakan seorang lelaki dari etnik Bidayuh, yang menukar agama kepada Islam oleh ibu bapanya, mempunyai hak untuk memilih agamanya yang ditegakkan oleh mahkamah tinggi Kuching untuk menukar agama daripada Islam - bahawa beliau akan merangka satu dasar untuk menjaga kebebasan beragama Islam selepas pilihan raya negeri ke-11.

"Kami gembira bahawa "Kami gembira dapat melihat bahawa Abang Johari mengambil mantel dari Adenan Satem.

"Kami berharap bahawa ketua menteri sendiri akan melihat perubahan itu akan dilaksanakan dalam masa enam bulan, seperti yang telah dijanjikannya, dan perdebatan hangat dan penghukuman di media sosial akan terhenti dengan pendirian tegas ini.

"Isu ini tidak boleh dipolitikkan, kerana keharmonian agama dan perkauman kita terlalu berharga untuk dikorbankan demi kepentingan politik." – 3 Mac, 2018.

(Diambil daripada artikel The Malaysian Insight bertajuk, "Pendirian KM Sarawak Bukan Isu Islam Lawan Kristian, Kata Pemimpin Pakatan" yang ditulis oleh Desmond Davidson bertarikh 3 Mac 2018)