Isnin, 9 April 2018

Hari Ini Ulang Tahun Ke-7 Blog Domba2Domba


Hari ini 9 April adalah ulang tahun blog domba2domba yang ke-7. Wau, sungguh tak sangka tujuh tahun sudah berlalu sejak mula menulis di blog ini. 

Ada banyak memori yang indah dalam tujuh tahun ini. Dalam tujuh tahun ini saya telah memuatkan 1,382 artikel, dengan purata hampir 200 artikel setiap tahun. Dalam tempoh tujuh tahun, blog telah mendapat 4.7 juta pageview (atau purata 56,000 pageview sebulan). 


Menurut Flag Counter, blog ini telah dikunjungi 251,615 pengunjung yang berbeza sejak 29 Januari 2013 (tarikh saya mula memasang Flag Counter di blog). Dari jumlah itu 144,630 pengunjung adalah dari Malaysia iaitu 57 peratus daripada jumlah pengunjung. 

Berikut adalah 10 artikel paling popular di blog ini sepanjang tujuh tahun ini:



(1 Julai 2015)  72,062 pageview

No.9 -  Gadis Sabah Berusia 16 Tahun Ini Mengharumkan Nama Negara, Tetapi Anda Mungkin Tidak Pernah Mendengar Mengenainya
(26 Ogos 2016)  62,231 pageview

No. 10 -  Mengapa Orang Kristian Tidak Harus Berpacaran Dengan Bukan Kristian
(diterbitkan 13 Mac 2017)  48,299 pageview

Puji Tuhan atas pimpinan dan penyertaan-Nya selama 7 tahun ini! Terima kasih juga kepada anda semua, pengunjung dan pembaca setia blog ini!