Jim Caviezel berlakon sebagai Yesus dalam filem arahan Mel Gibson |
Jim Caviezel adalah aktor Hollywood yang dipilih oleh Mel
Gibson untuk melakonkan watak “Yesus” dalam filem “The Passion of the
Christ”. Selama proses pembuatan filem itu banyak hal yang dialami oleh Jim,
berikut adalah kesaksian dari mulutnya sendiri:
Sebagai manusia biasa saya menjadi gentar dengan risiko
tersebut. Umumnya aktor yang melakonkan watak Yesus di Hollywood, tidak akan dipakai lagi
dalam filem-filem lain. Ditambah kemungkinan filem ini akan dibenci oleh sekelompok
orang Yahudi yang berpengaruh besar dalam bidang perfileman di Hollywood. Kemungkinan tamat karir saya dalam dunia perfileman. Dalam menanti keputusan saya apakah
jadi berlakon dalam film itu, saya berkata kepada pengarah filem Mel Gibson, “Mel,
apakah engkau memilihku kerana huruf depan namaku juga sama dengan Jesus Christ
(JC/ Jim Caviezel)? Kemudian umurku sekarang 33 tahun, sama dengan umur Yesus
Kristus ketika Ia disalibkan?” Mel menggeleng setengah terperanjat, terkejut,
menurutnya ini kebetulan yang agak menakutkan.
Jim Caviezel melakonkan watak Yesus dalam filem "The Passion of the Christ" |
Ternyata cabaran yang saya rasakan dalam proses pembuatan
film ini jauh lebih sulit daripada yang saya bayangkan sebelumnya. Disolek selama 8 jam setiap hari tanpa boleh bergerak dan tetap berdiri, saya adalah
orang satu-satunya di lokasi penggambaran yang hampir tidak pernah duduk. Sungguh
terseksa menyaksikan kru yang lain duduk-duduk santai sambil minum kopi. Kostum
kasar yang saya kenakan sangat tidak nyaman, menimbulkan gatal-gatal sepanjang
hari penggambaran. Ini semua membuat saya sangat tertekan.
Lalu salib yang digunakan, diusahakan seasli mungkin seperti
yang dipikul oleh Yesus waktu itu. Ketika mereka meletakkan salib itu di pundak
saya, saya terkejut dan berteriak kesakitan. Mereka mengira itu lakonan yang sangat
baik, padahal saya sungguh-sungguh terkejut. Salib itu terlalu berat, tidak
mungkin orang biasa mampu memikulnya. Namun saya mencubanya dengan sekuat
tenaga, sehingga bahu saya tercabut, dan tubuh saya tertimpa salib yang sangat berat
itu. Sayapun melolong kesakitan, meminta pertolongan. Para kru mengira itu lakonan yg luar biasa, mereka tidak tahu bahawa saya sedang mengalami kecelakaan
yang sebenarnya.
Dalam proses pemulihan dan penyembuhan, Mel Gibson
mendatangi saya dan bertanya, “Apakah kamu ingin melanjutkan filem ini? Saya dapat memahami kalau kamu menolak untuk melanjutkannya.” Saya terperanjat dan
berkata pada Mel, “Saya tidak tahu kalau salib yang dipikul Tuhan Yesus seberat
dan menyakitkan seperti itu. Tapi kalau Tuhan Yesus mahu memikul salib itu
bagi saya, maka saya akan sangat malu kalau tidak memikulnya walau sebahagian
kecil saja.” Lalu saya lanjutkan, “Ok, Mel, mari kita teruskan filem ini."
Mereka mengganti salib itu dengan ukuran yang lebih kecil dan dengan bahan yang
lebih ringan, agar bahu saya tidak terlepas lagi. Lalu mengulang seluruh adegan
pemikulan salib itu. Jadi yang penonton lihat di dalam filem itu merupakan salib
yang lebih kecil dari aslinya.
Tapi bahagian paling sulit, bahkan hampir gagal dibuat iaitu
pada bahagian penyaliban. Lokasi penggambaran di Itali sangat dingin, sedingin musim
salji. Para kru dan pelakon harus memakai pakaian yang sangat tebal
untuk menahan dingin. Sementara saya harus telanjang dan tergantung di atas kayu
salib, di atas bukit yg tertinggi di situ. Angin dari bukit itu bertiup seperti
ribuan pisau merejam tubuh saya. Saya terkena "hypothermia"
(penyakit kedinginan) yang boleh menyebabkan kematian. Seluruh tubuh saya lumpuh dan tak dapat bergerak, mulut saya gementar, bergoncang tak terkendalikan.
Saya sungguh hampir gila dan tidak tahan dengan semua itu, sehingga seringkali saya harus lari jauh dari tempat penggambaran untuk berdoa. Hanya untuk berdoa, berseru pada Tuhan jika saya tidak mampu lagi, memohon kepada-Nya agar memberi kekuatan bagi saya untuk melanjutkan semuanya ini. Saya tidak dapat, masih tidak dapat membayangkan bagaimana Yesus sendiri melalui semua itu, bagaimana menderitanya Dia. Dia bukan sekadar mati, tetapi mengalami penderitaan luar biasa yg panjang dan sangat menyakitkan, bagi fizikal maupun jiwa-Nya.
Dan sayapun tidak sedarkan diri. Yang saya tahu kemudian ramai orang yg memanggil-manggil dan meneriakkan nama saya. Ketika saya
membuka mata semua kru telah berkumpul di sekeliling saya, sambil
berteriak-teriak “Dia sedar! Dia sedar!” Saya bertanya, “Apa yang telah terjadi?”
Mereka bercerita bahwa kilat telah menghentam saya di atas salib
itu, sehingga mereka segera menurunkan saya dari situ. Tubuh saya menghitam
kerana hangus, dan rambut saya berasap, berubah menjadi model Don King. Sungguh
sebuah keajaiban kalau saya selamat dari peristiwa itu. Dalam keadaan seperti
ini mustahil bagi manusia untuk dapat selamat dari hentaman petir yang bertegangan elektrik berjuta-juta Volt! Tapi mukjizat Tuhan terjadi di sini. DIA berkenan
melindungi saya, dan berkehendak agar proses pembuatan filem itu boleh berlanjut
sampai selesai!
Ketika orang-orang bertanya bagaimana perasaan saya saat
di tempat penggambaran itu melakonkan watak Yesus, saya hanya dapat menjawab, “Oh… itu
sangat luar biasa.., sungguh mengagumkan…,” tidak dapat saya ungkapkan dengan
kata-kata. Selama penggambaran filem itu ada suatu hadirat Tuhan yang kuat melingkupi
kami semua, seakan-akan Tuhan sendiri berada di situ, menjadi Pengarah dan
menguasai diri saya untuk melakonkan diri-Nya sendiri.
Sejak banyak bergumul dan berdoa dalam film itu, berdoa
menjadi kebiasaan yang tak terpisahkan dalam hidup saya. Filem itu telah menyentuh
dan mengubah hidup saya, saya berharap juga hal yang sama terjadi pada hidup
Anda.
Firman Tuhan dalam Efesus 5:1-2 menyatakan: “Sebab itu
jadilah penurut-penurut Allah, seperti anak-anak yang kekasih dan hiduplah di
dalam kasih, sebagaimana Kristus Yesus juga telah mengasihi kamu dan telah
menyerahkan diri-Nya untuk kita sebagai persembahan dan korban yang harum bagi
Allah.”
(Dialihbahasakan dari artikel Facebook Yesus Sahabat Sejati bertajuk, "Kesaksian Aktor Pemeran Yesus Kristus" bertarikh 25 September 2017)
(Dialihbahasakan dari artikel Facebook Yesus Sahabat Sejati bertajuk, "Kesaksian Aktor Pemeran Yesus Kristus" bertarikh 25 September 2017)