Selama hampir setahun tidak ke gelanggang akhirnya Manny
Pacquiao yang akan kembali untuk mencabar juara dunia pemegang title
secondary welterweight world, Lucas Matthysse pada 14 Julai ini di Kuala
Lumpur.
Ikon sukan tinju Filipina dan Senator Pacquiao, pada mulanya
beliau berjenaka untuk mengadakan perlawanan ini pada bulan lepas, tetapi kini
ia akan menjadi realiti dan ia juga sudah disahkaan oleh CEO Golden Boy
Promotions Oscar yang mengesahkan kenyataan pertandingan di laman media sosial
di Twitter.
Signed, sealed, and delivered: Proud to officially announce that WBA welterweight world champion @MatthysseLucas will put his title on the line against @mannypacquiao in Kuala Lumpur, Malyasia on Saturday night July 14 (US time).— Oscar De La Hoya (@OscarDeLaHoya) April 2, 2018
Kata beliau, “Pertandingan mungkin akan menjadi perlawanan
yang sukar, Matthysse yang terkenal peninju knockout fighter, ia
tidak melemahkan semangat saya malahan saya lebih teruja untuk berlawan untuk
menjadi juara dunia sekali lagi. Saya mungkin seorang underdog di
dalam perlawanan ini saya tetap akan mencuba untuk buat terbaik. Ia berfungsi
sebagai motivasi besar bagi saya untuk berlatih dan berjuang keras memenangi
mahkota gelaran ini” tambah Pacquiao, yang merupakan pemegang rekod 8 kali.
Siapakah akan menang perlawanan ini nanti? Manny Pacquiao
tewas perlawanan sebelum ini kepada Jeff Horn pada Julai tahun lepas dan
Matthysse pula mempunyai rekod 39 kemenangan termasuk 36 dengan kalah mati
(K.O) dengan empat kekalahan, memenangi tali pinggang WBA kosong selepas
mengalahkan Teerachai Sithmorseng dari Thailand pada Januari lepas. Sama-sama
kita nantikan.
(Diambil daripada artikel Vocket bertajuk, "Manny Pacquiao Bakal Berentap Di Kuala Lumpur Julai Ini" yang ditulis oleh Salman Sazali bertarikh 5 April 2018)