Khamis, 17 Mei 2018

Kamera Litar Tertutup Merakam Foto Malaikat Dengan Pedang


Seorang lelaki Michigan berkata kamera litar tertutupnya telah merakam suatu gambar malaikat dengan pedang baru-baru ini.

"Saya berkata, 'Itu malaikat!' Dan saya sungguh terkejut. Saya tak sabar lagi nak hantarkan kepada isteri saya dan kepada Pastor Deneille Moes. Dan saya kata, 'Saya dapat malaikat, kamera saya dapat gambar malaikat,'" Glen Thorman memberitahu WMDU. 

"Sangat jelas bagi saya saat saya melihat foto itu, saya rasa terkejut," Moes, pastor Gereja Jordan Rivers berkata. "Saya ucap. 'Wow! Itu malaikat!' Dan saya mesej kembali kepadanya, 'Itu malaikat!' Tidak ada keraguan dalam fikiran saya bahawa apa yang kita lihat itu adalah sesuatu yang luarbiasa."


Foto-foto itu telah dimuatkan ke laman Facebook Jordan Rivers dengan catitan berikut:

"Pada malam tadi di rumah Thorman, kamera litar tertutup telah merakam foto ini. Glen Thorman adalah ketua bomba di East Jordan... (mereka beribadah di Gereja Jordan Rivers)... ya kawan-kawan... itu adalah malaikat. Saya kira tak timbul soal siapakah yang menjaga rumah mereka ketika mereka tidur, dan ya, mereka berdoa agar Malaikat Tuhan akan mengelilingi mereka dan kediaman mereka... Foto-foto ini tidak diubah dengan apa cara pun. Foto yang kedua, juga telah diambil oleh kamera litar tertutup kerana malaikat itu sedang bergerak pergi. Kamera itu telah direka untuk merakam apa pun yang bergerak atau yang luar dari kebiasaan... banyak titisan air mata apabila mereka membuka kamera litar tertutup mereka hari ini... Wow!"

(Diterjemahkan daripada artikel Charisma News bertajuk, "Security Cameras Capture Footage of An Angel With A Sword" yang ditulis oleh Jessilyn Lancaster bertarikh 14 Mei 2018)