Jumaat, 1 Jun 2018

Polis Tangkap 15 Suspek Yang Rancang Serangan Semasa PRU-14 Dan Serangan Bom Api Ke Atas Rumah Ibadat Bukan Muslim

Polis telah menahan 15 suspek keganasan yang merancang serangan semasa PRU-14
(Foto PDRM)

KUALA LUMPUR, 1 Jun - Polis telah memberkas 15 suspek keganasan yang telah merancang pelbagai serangan, termasuk memandu kenderaan melanggar para pengundi bukan Muslim semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan melempar bom api ke rumah-rumah ibadat bukan Muslim, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata hari ini.

Salah seorang daripada 15 yang diberkas itu adalah seorang pelajar sekolah menengah warga Malaysia berusia 17 tahun, yang mempunyai rancangan untuk menjalankan serangan secara "penyerang tunggal" menggunakan bom minyak tanah ke atas pusat-pusat hiburan, gereja-gereja dan kuil-kuil Hindu di Kuala Lumpur. 

Pelajar itu yang telah ditangkap pada 20 April di Petaling Jaya, Selangor telah membuat enam bom minyak tanah dan telah menguji salah satu bom api itu di kawasan lapang berdekatan Damansara Damai di Selangor. 

Dia juga dikatakan telah merisik dan merakam lokasi kawasan-kawasan sasaran bom apinya.

"Suspek itu juga telah merakam satu video amaran untuk melancarkan serangan-serangan itu dan telah memuat naikkan video itu ke dalam tiga kumpulan Whatsapp dan satu kumpulan Telegram milik kumpulan Desh. Video itu telah dimuat naik lebih kurang sejam sebelum suspek itu ditahan," dia berkata dalam satu kenyataan, sambil merujuk kepada kumpulan teroris Islamic State (IS) yang juga dipanggil Daesh. 

Seorang suri rumahtangga ditahan kerana merancangkan serangan semasa PRU-14 (Foto The Star)

Seorang suri rumahtangga warga Malaysia berusia 51 tahun telah ditahan pada 9 Mei di Puchong, Selangor, kerana rancangannya untuk "melancarkan serangan menggunakan kereta untuk melanggar pengundi-pengundi bukan Muslim di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya umum ke-14," kata Fuzi. 

"Di samping itu, suspek itu juga merancang untuk merempuh rumah-rumah ibadat bukan Muslim menggunakan kereta yang membawa tong gas sebagai bahan letupan," katanya.

15 suspek itu telah ditahan di antara 27 Mac dan 9 Mei oleh bahagian anti teroris Cawangan Khas dalam satu siri operasi di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kelantan dan Sabah.

Suspek-suspek keganasan itu terdiri daripada enam rakyat Malaysia, dua rakyat Filipina dengan status penduduk tetap di Malaysia, sepasang suami isteri dari sebuah negara di utara Afrika, seorang warga Bangladesh dan empat warga Filipina

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Malay Mail Online bertajuk, "Cops Nabbed Suspects Who Plotted GE14 Voter Attacks, Firebombing of Worship Houses" yang ditulis oleh Ida Lim bertarikh 1 Jun 2018)