Jumaat, 31 Ogos 2018

Lagu "Sejahtera Malaysia" Versi Dusun


Pada pagi Merdeka ini, saya mendapat ucapan Facebook daripada Sdr Gidong Linog, "Selamat Hari Merdeka Tanah Semenanjung dan Selamat Hari Merdeka Tanah Sabah." 

Bersama ucapan itu, Gidong juga menyelitkan lagu "Sejahtera Malaysia" versi Dusun yang telah dirakam dan diterbitkannya di YouTube setahun lebih awal. 

Sambil kita merayakan Hari Merdeka Semenanjung (31 Ogos 1957), Sabah (31 Ogos 1963) dan Sarawak (22 Julai 1963), marilah kita mendoakan kesejahteraan negara Malaysia tercinta.

Sejahtera Malaysia (versi asal)



Sejahtera Malaysia (versi Dusun)




Terima kasih Gidong Linog untuk versi Dusun ini!

SELAMAT HARI MERDEKA!