Jumaat, 7 September 2018

Putrajaya Didakwa Diskriminasi Sambil Penyaluran Dana Ke Sekolah-Sekolah Misi Menurun


KUALA LUMPUR - Kementrian Pendidikan telah diseru agar tidak meminggirkan sekolah-sekolah bantuan kerajaan atau sekolah-sekolah misi dalam soal peruntukan dana untuk kos operasi tempat-tempat itu.

Dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh Andrew Loke (penyelaras La Salle Brothers), Theresa Chua (pemimpin provincial Infant Jesus Sisters), Christin Low (pemimpin provincial Cannosian Sisters), wakil-wakil itu memohon agar kementrian menyalurkan dana yang berkecukupan untuk membayar bil-bil utiliti bulanan mereka.

"Bil-bil utiliti sekolah-sekolah misi seharusnya dibayar penuh oleh kerajaan.

"Kewajipan kerajaan untuk menyalurkan bantuan penuh kepada sekolah-sekolah misi telah dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996," kata mereka.

Mereka merujuk kepada pemberhentian elektrik di St John Institution pada 20 Ogos sebagai "bencana yang dijangka terjadi" oleh kerana peruntukan dana yang tidak mencukupi dari kerajaan persekutuan selama bertahun-tahun. 



Mereka menjelaskan bahawa peruntukan yang jauh berkurangan itu adalah kerana pengkelasan sekolah-sekolah kebangsaan sebagai "sekolah-sekolah kerajaan" dan dengan itu sekolah-sekolah itu menerima subsidi penuh daripada kerajaan.

Bagaimanapun, mereka mengatakan bahawa sekolah-sekolah misi dikelaskan sebagai "sekolah-sekolah bantuan kerajaan" dan dengan itu hanya meneima penyaluran bantuan dana mengikut budi bicara kementrian. 

"Kenapakah ada diskriminasi dan jurang perbezaan terhadap sekolah-sekolah misi?" soal mereka.

Mereka menyatakan bahawa peruntukan bantuan daripada kementrian telah secara konsisten dikurangkan untuk sesetengah sekolah sejak 2015. 

Mereka berkata SMK Cannosian Convent Segamat di Johor telah menerima RM27,000 daripada kerajaan pada 2015, tetapi hanya menerima RM20,000 pada 2016.

"Pada tahun ini sehingga Ogos, kerajaan hanya memberi RM4,000 untuk setengah tahun," kata mereka.

Buat masa ini, mereka berkata, sekolah-sekolah misi tidak mempunyai kuasa untuk mengutip yuran daripada pelajar-pelajar. 

Arahan daripada kementrian, mereka berkata, adalah untuk menyalurkan semua penerimaan kepada persatuan ibu bapa dan guru.

"Pihak lembaga sekolah misi tidak mempunyai kuasa langsung untuk mendapatkan yuran tambahan daripada pelajar-pelajar untuk membiayai perbelanjaan mahupun untuk memberi arahan berkenaan hal yang sama," kata mereka.

"Dengan kerajaan baharu yang telah dipilih oleh rakyat, kami menyeru kepada menteri pendidikan yang baru dilantik unutk mengkaji semula status dan kedudukan sekolah-sekolah misi," tambah mereka.

Mereka menggesa Putrajaya untuk menjalankan kajian menyeluruh berkenaan sekolah-sekolah misi dan mengadakan dialog dengan semua pihak berkepentingan untuk memahami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sekolah-sekolah itu.

(Diterjemah daripada artikel The Malay Mail bertajuk, "Putrajaya Accused Of Discrimination As Mission Schools' Grants Dwindle" yang ditulis oleh A. Ruban bertarikh 30 Ogos 2018)