Khamis, 6 September 2018

MDOP 2018 - Malaysia Day of Prayer Diadakan Pada 15 September Di Calvary Convention Centre, KL


Sempena Hari Malaysia, satu kebaktian doa gabungan Kristian, Malaysia Day of Prayer (MDOP 2018) akan diadakan di Calvary Convention Centre, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 15 September. Acara doa itu akan diadakan dalam pelbagai bahasa dan berlangsung dari 10 pagi sehingga 1 petang.

Kebaktian doa tahun ini yang bertemakan "Arise Shine" dianjurkan bersama oleh Council of Churches of Malaysia, Prayer United Malaysia dan Archdiocese of Kuala Lumpur.

Umat Kristian dari semua denominasi dijemput untuk mengikuti acara doa ini.