Ahad, 11 November 2018

Asia Bibi Akhirnya Dibebaskan



BERITA TERKINI (29 Januari 2019): Mahkamah Agung Pakistan hari ini telah menolak petisyen rayuan terhadap keputusan mahkamah itu sebelum ini yang pada Oktober 2018 telah membebaskan Asia Bibi daripada tuduhan menghina Nabi Muhammad. Asia Bibi kini rasmi dibebaskan dan dipercayai akan mencari suaka perlindungan di Kanada.

----------------------

KARACHI: Mahkamah Agung Pakistan, pada 31 Oktober 2018, telah membebaskan Asia Bibi, wanita Katolik yang dijatuhkan hukuman mati pada 2010, yang disabitkan dengan kesalahan menghina Nabi Muhammad.

Hakim Agung Pakistan, Mian Saqib Nisar mengumumkan keputusan itu pada 29 Oktober, dalam kamar mahkamah yang penuh sesak dan memerintahkan Asia Bibi dibebaskan, seraya menyatakan bahawa Asia Bibi tidak bersalah. 

Keputusan itu diambil menyusul pemeriksaan permintaan terakhir Asia Bibi oleh panel pengadilan Mahkamah Agung, 8 Oktober. Keputusan penting itu telah memicu kepada bantahan besar-besaran dari kumpulan Islam fanatik sehingga menimbulkan kekhuatiran akan terjadinya kekerasan. 

Dalam kes penodaan agama yang mungkin paling terkenal di Pakistan itu, Asia Bibi ditangkap dan dipenjara pada bulan Jun 2009 atas tuduhan menghina Nabi Muhammad, setelah bertengkar dengan beberapa wanita Islam kerana dia menggunakan sebuah bejana minuman yang digunakan khas untuk umat Islam Pada tahun berikutnya, Asia dijatuhi hukuman mati. 

Menurut undang-undang penistaan agama Pakistan, menghina Nabi Muhammad adalah kejahatan yang dapat dihukum mati, sementara menghina Al-Qur'an boleh dikenakan penjara seumur hidup. Ketika berbicara dengan Vatican News, Direktur nasional Komisi Nasional untuk Keadilan dan Perdamaian Konferensi Para Uskup Pakistan, Father Emmanuel Yousaf menggambarkan putusan Mahkamah Agung pada 31 Oktober itu sebagai kemenangan bagi seluruh bangsa dan kemenangan untuk keadilan.

Melihat bahawa ramai umat Muslim juga menjadi korban undang-undang penodaan agama itu, Pastor Yousaf mengatakan putusan itu bermanfaat bagi semua warga Pakistan, tanpa mengira agama. 

Katanya, sebahagian besar orang Pakistan menyambut baik keputusan yang berpihak kepada Asia Bibi. Yang menderita selama sepuluh tahun dalam penjara yang terasing dengan banduan lain.

(Diambil daripada artikel Herald Malaysia bertajuk, "Asia Bibi Akhirnya Dibebaskan" bertarikh 9 November 2018)