Isnin, 4 Mac 2019

Joel Osteen Jadi Penerbit Eksekutif Untuk Siri Terbaru Yesus


Acara lapan episod History Channel, Jesus: His Life menerokai kisah Yesus menerusi kanta yang unik; orang-orang dalam hidupnya yang paling rapat kepadanya. Setiap bab itu diceritakan daripada perspektif tokoh alkitabiah yang berbeza, setiap daripada mereka yang telah memainkan peranan penting dalam kehidupan Yesus, termasuk Yusuf, Yohanes Pembaptis, Maria ibu Yesus, Kayafas, Yudas Iskariot, Maria Magdalena dan Petrus. 

Setiap tokoh bersilih ganti membawa penonton melalui kisah emosional dan epik lelaki paling terkenal dalam sejarah, melalui kelahiran, kematian dan kebangkitannya, semuanya disampaikan melalui kombinasi drama berskrip dan temuduga dengan pakar-pakar agama dan sejarah yang terkenal. 

Dengan menggunakan kepakaran sarjana-sarjana Alkitab, sejarawan-sejarawan, pemimpin-pemimpin Kristian dan ahli-ahi teologi, siri ini telah mengalunkan bersama Injil, sumber-sumber sejarah dan konteks budaya untuk melakarkan potret Yesus yang lengkap - sebagai seorang manusia dan Mesias.



Siri ini memaparkan perjalanannya yang kompleks melalui dunia raja-raja, ahli-ahli politik, perjuang-pejuang reformasi dan askar-askar dalam suatu pergelutan kuasa yang bergolak pada waktu perubahan yang besar. Jesus: His Life membawa penonton ke dalam dunia yang dramatik ini untuk memaparkan kisah teragung pernah diceritakan. 

Siri ini akan bermula tayangan dengan dua episod secara berturut-turut setiap minggu bermula pada Isnin, 25 Mac, dengan penayangan terakhir sejurus sebelum Easter.  A+E Networks memegang hak eksklusif pengedaran sedunia untuk siri itu, yang telah diterbitkan oleh Nutopia.

Jesus: His Life telah diterbitkan untuk History Channel oleh Nutopia, dengan Jane Root dan Ben Goold berkhidmat sebagai penerbit eksekutif, Eli Lehrer, Mary Dohanue dan Evan Lerner berkhidmmat sebagai penerbit eksekutif untuk History. Joel Osteen juga berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Charisma News bertajuk, "Joel Osteen To Executive Produce Latest Jesus Series" yang ditulis oleh Elizabeth Schmidt bertarikh 2 Mac 2019)