Rabu, 1 Mei 2019

Rakyat Malaysia Menghabiskan 5 Jam Di Media Sosial Setiap Hari


KUALA LUMPUR: Agensi kajian pasaran antarabangsa YouGov Asia Pacific (YouGov Apac) dalam kajian terbarunya mendapati bahawa rakyat Malaysia menghabiskan secara purata lima jam dan 47 minit sehari di media sosial.

Dalam satu contoh jelas pertumbuhan penggunaan broadband, YouGov Apac mengatakan bahawa datanya mendedahkan satu daripada enam rakyat Malaysia atau 17 peratus menghabiskan lebih dari 9 jam sehari untuk menyemak mesej atau berita terkini, antara lainnya, di media sosial.

Wanita kemungkinan akan menghabiskan lebih banyak masa menyemak akaun media sosial mereka berbanding lelaki; dua daripada 10 (21 peratus) wanita menghabiskan lebih dari sembilan jam sehari dengan media sosial, manakala hanya satu daripada 10 (11 peratus) lelaki melakukan itu.

WhatsApp didapati adalah platform media sosial yang paling banyak digunakan, dengan hampir sembilan daripada 10 (88 peratus) menggunakan aplikasi itu sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Ini diikuti oleh Facebook (81 peratus), YouTube (71 peratus), Instagram (64 peratus) dan Facebook Messenger (40 peratus).

Kajian itu juga mendapati bahawa populariti aplikasi media sosial juga bergantung kepada jantina, dengan wanita lebih suka menggunakan Telegram berbanding lelaki (38 peratus berbanding 27 peratus), manakala lebih ramai lelaki lebih suka WeChat (27 peratus berbanding 17 peratus).

Ketua YouGov Omnibus Apac, Jake Gammon berkata media sosial memainkan peranan utama kerana secara purata seorang rakyat Malaysia yang memiliki akaun menghabiskan hampir seperempat dari setiap hari di platform media sosial.

"Dalam zaman pemasaran digital, memahami hubungan di antara para pengguna dengan akaun media sosial mereka adalah amat penting untuk menjangkau rakyat Malaysia yang tak lepas daripada telefon mereka."

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel New Straits Times bertajuk, "Locals Spend 5 Hours On Social Media Daily" yang ditulis oleh Syed Umar Ariff bertarikh 1 Mei 2019)