|
Foto dari Facebook SGAG, 11 Jun 2019 |
Gereja Presbyterian Orchard Road, Singapura melakukannya lagi... kali ini dengan banner bertema durian.
Pada banner itu, terpampang kata-kata "Carilah satu-satunya Raja yang sejati - dalam musim dan di luar musim," diikuti dengan kata-kata tambahan di bawahnya, "Yesuslah Tuan segala tuan dan Raja segala raja. Orang yang
dipanggil, dipilih serta setia ada bersama Dia," dengan kata rujukan Alkitab, Wahyu 17:14 dan foto durian di bawah sekali.
Banner itu berunsur lucu tetapi juga berjaya menyampaikan mesejnya, terutama pada musim durian ini di mana ramai orang sedang mencari Raja segala Buah, iaitu Durian.
Sebelum ini, gereja Presbyterian itu telah terkenal dengan banner-bannernya yang memaparkan pelbagai tema. Umpamanya banner yang bertemakan filem popular Avengers: Endgame yang telah ditayangkan baru-baru ini.
Menurut laman Salt & Light, gereja itu telah mula meletakkan banner di perkarangan gereja sejak 15 tahun yang lalu, diinspirasikan oleh lokasi mereka yang strategik. Apa yang sangat menarik mengenai banner-banner mereka adalah unsur kreatif yang sering menyertai mesej Alkitabiah mereka.
Berikut beberapa lagi banner gereja itu yang telah dipaparkan dalam artikel
Salt & Light. Yang manakah kegemaran anda?
|
Banner yang mengikut tema rancangan TV, Game of Thrones, Ogos 2017 |
|
Bukan untuk orang yang sempurna, Julai 2014 |
|
Banner ini menyerupai sebuah majalah perhiasan rumah |
|
Banner ini dipaparkan ketika Piala Dunia FIFA, Jun 2018 |
|
God is the Potter, Ogos 2007 |
|
The Infinite God, Mei 2018 berdasarkan filem Avengers, Infinity |
|
Banner "Choose The One", September 2017 dipaparkan semasa pilihan raya Presiden Singapura |
|
Peace Talk, Jun 2018, ketika Singapura hangat dengan pertemuan Trump-Kim |