Dalam sebuah khutbah, pastor megachurch Hawaii itu berkongsi suatu pengalamannya semasa lawatan ke China di mana dia telah pergi untuk melatih pemimpin-pemimpin.
Pastor Wayne Cordeiro menceritakan pengalamannya di China |
Mereka duduk dalam bilik hotel berukuran 700 kaki persegi, tanpa pendingin hawa, dan tanpa kerusi sofa untuk duduk, sambil Codeiro memimpin perkumpulan itu.
"Jika kita ditangkap, apakah yang akan terjadi?""
"Jika kita ditangkap, apakah yang akan terjadi?""
"Jika kita ditangkap, apa akan terjadi pada saya?" Cordeiro bermula dengan soalan.
"Anda akan di hantar pulang dalam masa 24 jam, dan kami akan ke penjara selama tiga tahun," orang-orang Kristian China itu menjawab.
Dia menyusul dengan menanya berapa ramaikah yang pernah dipenjarakan, dan daripada dua puluh dua orang itu, lapan belas orang menjawab bahawa mereka pernah dipenjarakan kerana iman mereka.
Dua puluh dua orang itu telah datang dari wilayah pergunungan di selatan China, tetapi di antara mereka, menjaga 20 juta orang di China.
"Kita lupa bahawa ada 1.3 bilion orang di China," kata Cordeiro.
Dia menceritakan bahawa sejurus selepas itu, mereka memulakan pelajaran mereka, dalam 2 Petrus. Dia cuma ada 15 Alkitab, jadi tujuh orang tidak dapat Alkitab.
"Saya berkata lihatlah 2 Petrus fasal 1, kita akan membacanya. Dan dengan itu seorang wanita memberikan Alkitabnya kepada orang di sebelahnya, dan saya fikir, 'hmm, menarik,'" kata Cordeiro.
Apabila mereka mulai membaca, dia dengan cepat menyedari mengapa wanita itu telah memberikan Alkitabnya kepada orang sebelah, wanita itu telah menghafal seluruh buku itu.
Setelah selesai, saya pergi kepada wanita itu semasa waktu rehat dan berkata, "Kamu menghafal seluruh fasal itu."
"Di Penjara Ada Banyak Waktu"
"Bagaimanakah kamu dapat menghafal begitu banyak ayat?" tanya Codeiro.
"Di penjara. kami ada banyak waktu di penjara," jawab wanita itu.
"Bagaimanakah kamu dapat menghafal begitu banyak ayat?" tanya Codeiro.
"Di penjara. kami ada banyak waktu di penjara," jawab wanita itu.
"Bukankah mereka akan merampas Alkitab?" tanya Cordeiro.
Wanita itu menjawab bahawa memang mereka akan merampas apa-apa pun bahan Kristian, tetapi orang akan menyeludup masuk ayat-ayat Alkitab yang ditulis di atas kertas dan menyembunyikannya dari pengawal-pengawal penjara.
"Itulah sebabnya kami menghafalnya dengan secepat mungkin sebab walau pun mereka boleh mengambil kertas itu dari kami tetapi mereka tidak dapat ambil apa yang tersembunyi di hati kami." wanita itu menceritakan kepadanya.
Selepas pembelajaran tiga hari itu selesai, Cordeiro menanya orang-orang Kristian dari Wilayah Hunan itu bagaimanakah dia boleh berdoa untuk mereka.
"Bolehkah anda mendoakan kami?
"Boleh anda mendoakan agar kami suatu hari nanti akan jadi seperti anda?" seorang lelaki bertanya, sambil merujuk kepada kebebasan untuk beribadah di Amerika.
"Boleh anda mendoakan agar kami suatu hari nanti akan jadi seperti anda?" seorang lelaki bertanya, sambil merujuk kepada kebebasan untuk beribadah di Amerika.
"Saya melihat kepadanya dan berkata, 'Saya tidak akan lakukan itu.'"
Ketika mereka bertanya kepadanya, mengapa tidak, Cordeiro menjelaskan, "Kamu menaiki keretapi tiga belas jam untuk datang ke sini, di negara saya, jika kami perlu memandu lebih dari sejam, orang tidak akan datang."
"Kamu duduk di lantai kayu selama tiga hari, di negara saya jika orang perlu duduk lebih dari 40 minit, mereka akan pergi. Kamu duduk di sini selama tiga hari di atas lantai kayu yang keras, di negara saya jika tiada kerusi berkusyen dan penghawa dingin, orang tidak akan datang lagi."
"Di negara saya, kami secara purata memiliki dua Alkitab dalam setiap keluarga, tapi kami tak baca satu pun. Kamu sukar memiliki Alkitab dan kamu menghafalnya dari kepingan-kepingan kertas."
"Saya tidak akan berdoa agar kamu menjadi seperti kami, tetapi saya akan berdoa agar kami menjadi seperti kamu," Cordeiro menyimpulkan.
(Diterjemahkan daripada artikel Faithwire bertajuk, "Chinese Christians Are Memorizing Scripture Because Communist Government Take'What's Hidden In Your Heart'" yang ditulis oleh Lindsay Elizabeth bertarikh 10 Jun 2019)
(Diterjemahkan daripada artikel Faithwire bertajuk, "Chinese Christians Are Memorizing Scripture Because Communist Government Take'What's Hidden In Your Heart'" yang ditulis oleh Lindsay Elizabeth bertarikh 10 Jun 2019)