Sabtu, 15 Ogos 2020

Gereja-Gereja Anglikan Di Sarawak Akan Mula Kembali Kebaktian Pada 16 Ogos


KUCHING, 15 Ogos - Gereja-gereja Anglikan akan memulakan kembali kebaktian esok, kata Bishop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei, Right Reverend Datuk Danald Jute.

"Dengan seluruh Sarawak kini diisytiharkan sebagai zon hijau, kami dengan berbesar hati membatalkan pemberhentian sementara semua kebaktian ibadah secara berjemaat mulai Ahad.

"Jumlah maksima para pengunjung ibadah di mana-mana kebaktian masih kekal pada 130 orang tertakluk pada saiz bangunan," dia mengatakan demikian ketika dihubungi oleh Borneo Post hari ini.

Danald berkata pembukaan kembali gereja-gereja mestilah selaras dengan pengamalan lebih teliti Prosedur Operasi Standard (SOP), yang termasuk memakai pelitup muka, pengamalan penjarakan fizikal dan juga penjagaan kebersihan tangan yang rapi. 

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Malay Mail bertajuk, "Anglican Churches in Sarawak To Resume Services On Aug 16" bertarikh 15 Ogos 2020)