Selasa, 8 Disember 2020

Komuniti Digital - Platform Baharu Kristian Dilancarkan


Sudahkah anda mendengar mengenai Komuniti Digital?

Saya menerima mesej WhatsApp daripada seorang kawan mengenai Komuniti Digital, suatu platform online baharu Kristian di Malaysia yang telah dilancarkan melalui sebuah video pendek di lamannya semalam.

Mesej kawan saya disertai dengan video dan kata-kata ringkas mengenai pelancaran berikut:



Syukur kepada Tuhan, kerana dengan limpah kurnia-Nya, hari ini kita telah melancarkan sebuah platform digital baru yang dinamakan sebagai Komuniti Digital. 
 
Komuniti Digital adalah platform digital Kristian secara terbuka yang bertujuan khusus menjangkau komuniti-komuniti Bahasa Malaysia menurut Amanah Agung dalam Matius 28:19-20, dengan pengisian tempatan (buatan Malaysia) sesuai dengan kemahiran, kurnia dan bakat yang diberikan kepada umat Tuhan daripada gereja-gereja BM di negara ini. 


Ayuh, layari sekarang dan share dengan kawan-kawan anda: komuniti-digital.com